Isnin, 16 Disember 2019

PISANG ABAM












PISANG ABAM

Pisang bukan sebarang pisang 
Sebiji saja riuh sekampung 
Musang bukan sebarang musang
 Pakai jubah main cak lempung!
 Main cak lempung si musang suka 
Dari muda hinggalah tua 
Seluruh kampung dia dah reka 
Bulan Mei nak jadi ketua! 
Pisang elok jika dah masak
 Guna karbait masak tak ranum 
Makan banyak nafas pun sesak
 Bontot sakit kena banyak minum! 
Pisang salai dah kena asap 
Warna pun semakin gelap 
Dua kali ingat dah insaf 
Kali ketiga dah kena walap! 
Pisang usah disalah guna 
Simpan bebaik didalam stor
 Yang pandai masak orang betina
 Jantan nak kupas tangannya kotor!
 Disukai rakyat bersama pemimpin 
Pisang disaji dalam jamuan 
Berlagak matang masih berlampin 
Mana layak jadi number one! 
on 
PISANG ABAM
Publish | Delete | Spam
Fan Tun
on 16/12/19

....y




----------

Tiada ulasan: