Sabtu, 7 Disember 2019

PKR - APA DAH JADI






APA DAH JADI 

PADA PKR




Kepimpinan AMK akan tuntut kongres tahunan dibatal dan diadakan semula



Kepimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan membuat laporan kepada Setiausaha Agung PKR,  Saifuddin Nasution dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi menuntut Kongres Tahunan AMK 2019 dibatal dan diadakan semula.

Perkara itu ditegaskan Timbalan Ketua AMK, Muhammad Hilman Idham susulan kekecohan yang tercetus pagi tadi, ketika berlangsungnya Kongres Tahunan AMK di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Hilman berkata, beberapa laporan polis telah dibuat oleh bekas pengerusi tetap AMK, Mizan Adli Mohd Noor dan timbalannya, Mohd Ramly Ahmad.

“Beberapa anggota perwakilan juga sudah membuat laporan polis. Selepas ini beberapa exco AMK yang telah dikasari dalam kekecohan itu, juga kita akan membuat laporan polis.

“Setelah lengkap semuanya, kita akan teliti dan kumpul laporan-laporan tersebut supaya kita dapat menyerahkan laporan lengkap kepada setiausaha agung parti (Saifuddin Nasution) dan ROS.

“Kami kecewa dengan apa yang berlaku kerana ia menghalang ratusan perwakilan dan pemerhati yang sah untuk masuk ke dalam dewan kongres,” katanya dalam satu sidang media khas berkaitan keselamatan kongres yang diadakan di D’Village Resort, Ayer Keroh kira-kira dua kilometer dari MITC.

Kongres AMK 2019 sesi pagi yang berlangsung di MITC kecoh apabila sejumlah perwakilan dan ahli sayap PKR itu tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan kongres.

Difahamkan, perwakilan dan anggota AMK tidak dibenarkan masuk oleh skuad keselamatan parti itu dengan alasan tidak mempunyai pas perwakilan dan tidak memakai baju Melayu.

Kekecohan yang berlaku itu menyaksikan sejumlah perwakilan mempersoalkan tindakan skuad keselamatan parti yang tidak membenar mereka masuk, namun keadaan kembali terkawal apabila mereka sedikit demi sedikit dibenarkan masuk.


MANA SALVADOR

SETPOL ANWAR

AJAR SIKIT

BUDAK HILMAN

SEKARANG INI

DILIHAT  SEMAKIN

KURANG ASAM

BERANI NAK

LAWAN PRESIDEN
KAH  KAH KAH

---------

Tiada ulasan: