BILA KAPAL PECAH
TIKUS LARI
PARA TUAN HAJI
MULA BERGADUH
SATU MALAYSIA
SUKA HATI
Sudah 3 kali Zahid selamatkan tengkuk Hishammuddin – Lokman
KUALA LUMPUR – Sudah tiga kali Presiden UMNO ‘menjaga tengkuk’ Tuan haji Hishammuddin Hussein.
Itu dakwaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tuan Haji Lokman Noor Adam yang mengkritik Tuan Haji Ahmad Zahid Hamidi kerana didakwa beberapa kali menggunakan kuasa membatalkan siasatan disiplin parti terhadap Ahli Parlimen Sembrong.
“Presiden (Tuan Haji Ahmad Zahid) sepatutnya membiarkan siasatan terhadap Tan Haji Hishammuddin dan kalau mahu selamatkan dia buat selepas itu, ini nampak sangat,” ujarnya dalam video yang dimuatnaik di media sosialnya hari ini.
Mengenai isu yang sama, Tuan Haji Lokman mendakwa sudah beberapa kali membawanya ke mesyuarat MT UMNO namun ia tidak dilayan.
Justeru beliau yakin melalui sokongan akar umbi ahli parti tindakannya mendapat sokongan kerana ia demi kepentingan UMNO sendiri.
Semalam, beliau mendedahkan perkara itu sebagai menyokong tindakan Tuan Haji Apandi Ali yang mahu meletak jawatan selepas arahan Jawatankuasa Disiplin UMNO mengambil keterangan Tuan Haji Hishammuddin dibatalkan oleh Tuan Haji Ahmad Zahid.
Tuan Haji Hishammuddin sebelum itu didakwa mengadakan pertemuan dengan pimpinan Pakatan Harapan dan didakwa menjadi kepala membawa ahli parlimen BN ‘melompat’ ke parti kerajaan itu.- MalaysiaGazette
UNTUK RAKYAT
SAPA SALAH
SAPA BENAR
TAK PENTING
YANG PENTING
GEROMBOLAN
BERGADUH
KITA WAJIB
TAMBAH MINYAK
KAH KAH KAH
-------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan