BERITA BAIK
PLUS TERUS
JADI HARTA
RAKYAT
INI KEJAYAAN
PAKATAN HARAPAN
Kabinet putuskan tidak jual PLUS, kata laporan
KONSESI lebuh raya PLUS Malaysia Bhd tidak akan dijual dan akan terus berada bawah kawalan kerajaan melalui Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), lapor The Edge Markets.
Laporan yang memetik sumber itu berkata PLUS sebaliknya akan melalui penstrukturan semula “dengan matlamat mengurangkan kadar tol untuk manfaat rakyat”.
Khazanah menerusi UEM Group Bhd memegang 51% saham dalam PLUS, manakala KWSP 49%.
Mesyuarat Kabinet hari ini membincangkan bidaan pengambilalihan PLUS.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada Isnin lalu berkata kerajaan akan memutuskan pengambilalihan konsesi lebuh raya terbesar negara itu hari ini.
Kabinet masih belum mengeluarkan pengumuman rasmi mengenai perkara ini.
Sumber juga memberitahu The Edge Markets Kabinet masih belum memutuskan mengenai pengambilalihan empat lagi lebuh raya di bawah Gamuda Bhd di sekitar Lembah Klang.
Empat syarikat dilaporkan mengemukakan tawaran rasmi mengambil alih PLUS iaitu Widad Group Bhd; Maju Holdings Sdn Bhd; ahli perniagaan Halim Saad dan Wong Gian Kui melalui Karongsa Private Capital Sdn Bhd; dan RRJ Capital.
Terdahulu hari ini, Khazanah dalam satu kenyataan berkata pihaknya sedia maklum tentang beberapa tawaran yang tidak dijangka terhadap pengambilalihan PLUS, bagaimanapun, pihak-pihak yang berminat itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan dana kekayaan negara itu.
Khazanah berkata kerajaan telah melaksanakan sesi libat urus dengan para pemegang saham PLUS dengan tujuan untuk mengurangkan bebanan tol ke atas pengguna lebuh raya, melegakan bebanan pampasan ke atas kerajaan, serta mengambil kira nilai konsesi lebuh raya bagi pemegang kepentingan hutang dan ekuiti sedia ada. – 15 Januari, 2020.
PLUS MILIK
KITA SEMUA
BUKAN MILIK
CUKONG
HALIM SAAT
SYED MOKTHAR
ATAU
SYARIKAT RAJA
TERBAIK DARI
PAKATAN HARAPAN
---------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan