JENG JENG JENG
ONE OFF NI APA
ADA GAJAH
BELAKANG KAPCAI
Kelantan terima ‘one off’
RM400 juta
Peruntukan itu bagi meningkatkan sosio ekonomi serta kesejahteraan rakyat serta mengukuhkan fiskal ekonomi negeri.
Menteri Besar Tuan Haji Ahmad Yakob berkata, bayaran itu dinamakan sebagai ‘one off’ daripada Perdana Menteri (PM) Dr Mahathir Mohamad.
“Saya tidak boleh nak kata ia sebagai royalti petroleum tetapi mungkin itu yang diberikan oleh Tun untuk ‘one off’ tahun lepas.
“Kita menerima surat makluman berupa surat daripada Tun sendiri pada 17 Disember lepas. Dan kita terima ‘one off’ terbabit selepas 25 Disember. Jadi kita ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Tun,” katanya selepas majlis Amanat Tahun Baharu 2020 serta Pelancaran Pelan Induk Pembangunan Mampan Kelantan 2019-2023 di Dewan Jamuan Utama SUK hari ini.
Turut hadir dan Timbalan Menteri Besar Tuan Haji Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tuan Haji Nazran Muhammad, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan penjawat awam dari seluruh Kelantan.
Menteri Besar turut mengumumkan pembayaran bonus RM500 kepada penjawat awam dan RM250 kepada lantikan politik termasuk penghulu dan Dakwah Halaqat bermula minggu depan.
ADA TANGGA
DALAM LIBRARY
KAH KAH KAH
------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan