Khamis, 9 Januari 2020

MAKIN RAMAI CABUL MENCABUL








ABAM TUNJUK

PISANG

USTAD PUN

TUNJUK PISANG

Mudir cabul pelajar 

dianggap kes kecil

MINGGU lalu, seorang remaja 16 tahun mengadu dirinya dipaksa mudir tahfiz melakukan seks oral. Perlakuan menakutkan itu berlaku secara manipulasi.

Perlakuan kelucahan melampau mudir bertaraf ustaz ini diperincikan dalam laporan polis pada 3 Januari lalu.

Mudir dikatakan memulakan hubungan intim dengan pelajar lelaki ini melalui hubungan ciuman mulut.

Dakyahnya mudah: “Ciuman adalah amalan memberikan barakah”.


Skandal pemerdayaan mudir pusat tahfiz ini terbongkar ketika cuti pengajian pada hujung Disember lalu.

Ibu bapa mangsa terbaca mesej aneh di WhatsApp yang berbaur seks yang dikirim mudir ketika anaknya bercuti.

Mesej berbaur seksual itu menjadi antara bukti utama laporan polis minggu lalu. Jelas tertera perkataan ciuman mulut dan pesanan mudir supaya semua perbuatannya dirahsiakan.


Menurut sumber, setiap hari ketika bercuti, mudir akan mengirim mesej memantau perkembangan harian mangsa. Selain melahirkan rasa rindu dan bertanyakan sama ada mangsa sukakan ciumannya.

“Setelah membaca mesej mudir, ibu bapa mangsa segera menemui pengurusan tahfiz dan meminta penjelasan,” katanya.

Sikap sambil lewa pengurusan tahfiz menyebabkan ibu bapa mangsa kecewa dan nekad membuat laporan polis.

Sudut gelap sekolah tahfiz

Kisah pencabulan seks dan perlakuan kelucahan melampau antara sudut gelap sekolah tahfiz. Walaupun ada pendedahan, namun banyak kes didiamkan begitu saja.

Lebih jijik apabila pelaku ialah mudir bertaraf ustaz. Mangsa pula pelajar usia remaja.

Pelajar pada awalnya didoktrinkan oleh mudir untuk percaya, ciuman mulut adalah amalan memberikan barakah.

Selain manipulasi, kata sumber, sikap pentadbir tahfiz yang mahu menafikan proses siasatan, amat dikesalkan.

“Pentadbir sekolah minta ibu bapa pelajar bertemu secara tertutup dan menyelesaikan kes yang dianggap kecil,” kata sumber yang anaknya antara pelajar di pusat tahfiz yang sama.

Ibu bapa mangsa berasa sakit hati dengan istilah ‘isu kecil’. Walaupun dalam laporan polis, mangsa menyebut diminta melakukan seks oral hingga mudir mencapai klimaks.

“Mangsa ke balai polis bersama lima pelajar lain sebagai saksi yang nampak mudir membawa mangsa masuk itu ke bilik tidur peribadinya di asrama tahfiz,” kata sumber.

Keadaan menjadi kecoh apabila laporan polis tersebar di kalangan pelajar dan ibu bapa.

Pihak tahfiz cuba melarang usaha ibu bapa membawa pulang anak-anak ke rumah.

“Kami terpaksa berkeras untuk mengambil anak-anak kami kerana pihak tahfiz melarang ibu bapa bertemu anak-anak,” kata sumber.

Ibu bapa, kata sumber, mulai panik apabila pelajar lain turut mendedahkan perbuatan mudir yang mencabul mereka.

Malah, ibu bapa menerima maklumat terdapat pelajar yang dicabul sebelum ini telah berhenti belajar.

“Cuma, keluarga mangsa-mangsa sebelum ini enggan membuat laporan polis kerana malu,” kata sumber.

Siasatan sudah bermula

Menurut sumber, pihak polis dan majlis agama Islam negeri telah mengesahkan sedang memulakan siasatan.

Bagi jaminan keselamatan, sumber meminta media tidak melaporkan detils maklumat mengenai pusat tahfiz.

“Rahsia dulu nama-nama mudir sehingga polis mengeluarkan kenyataan,” kata sumber.

Ibu bapa pelajar, kata sumber, sangat marah kerana pihak tahfiz menghubungi keluarga mangsa meminta laporan polis ditarik balik.

“Kami marah kerana pengurusan tahfiz mendesak penyelesaian dilakukan secara tertutup,” kata sumber.

Sikap sembunyikan jenayah amat memalukan

Sikap pengurusan tahfiz yang mahukan laporan polis ditarik balik dan penyelesaian dilakukan secara tertutup amat mengejutkan.

Mustahil masyarakat boleh menerima sikap begini sebagai amalan standard bagi pengurusan pusat tahfiz.

“Ini sikap tidak Islamik dalam menangani penderaan seksual oleh tenaga pengajar terhadap pelajar,” kata sumber.

Menurutnya, setelah melihat tindak-tandak pengurusan yang cuba menyambunyikan jenayah ini, ibu bapa bertindak pantas mengeluarkan anak-anak dari asrama pada 3 dan 4 Januari.

“Pengurusan tahfiz menggunakan grup WhatsApp ibu bapa sebagai alat mengugut, dan menyifatkan tindakan ibu bapa mangsa membuat laporan polis sebagai fitnah,” kata sumber.

Menurut sumber, pengurusan tahfiz terus mendesak ibu bapa menghantar semula anak-anak ke asrama.

Padahal keutamaan sepatutnya ialah jaminan pihak tahfiz menyerahkan mudir yang disyaki kepada pihak polis.

Menurut saksi, mudir yang disyaki menghilang dari pusat tahfiz. Pihak pengurusan memberikan alasan, mudir sibuk meraikan rombongan ulama dari Yaman.

“Pelajar mengalami trauma apabila mengetahui nasib mangsa. Mereka terpaksa bergilir-gilir berjaga malam kerana bimbangkan keselamatan diri,” kata sumber.

Ibu bapa yang menyedari kejadian itu segera membawa pulang anak masing-masing hujung minggu lalu.

Apabila cerita laporan polis tersebar, barulah pelajar lain sedar perbuatan mudir mencium pipi dan meraba tubuh mereka selama ini adalah kes cabul.

Harap polis segerakan siasatan

“Kami sangat berharap pihak polis melakukan siasatan segera. Selagi, tiada siasatan kami bimbang untuk meneruskan pengajian anak-anak,” katanya.

Sikap pengurusan sekolah yang cuba melindungi mudir sangat dikesalkan. Istilah ‘isu kecil’ bagi kejadian pelakuan seks melampau menjejaskan imej Islam.

“Pusat tahfiz dan pengajian agama tidak wajar melihat isu jenayah seks sebagai kes kecil,” kata sumber.

Sikap pengurusan tahfiz mendesak ibu bapa menghantar semula pelajar untuk meneruskan pengajian seperti biasa menimbulkan kecurigaan.
“Apakah pengurusan risau hilang pendapatan yuran bulanan berbanding menjaga imej Islam dan keselamatan pelajar?” Tanya sumber.

Menurutnya, majoriti ibu bapa yang membawa keluar anak-anak dari asrama kini enggan meneruskan pengajian di situ.

“Ia satu trauma apabila memikirkan anak-anak kita dicabul secara seksual oleh mudir bergelar ustaz di pusat pengajian tahfiz,” kata sumber dengan nada kesal.– 8 Januari, 2020.

TULISAN ZAINAL RASHID
* Zainal Rashid Ahmad ialah wartawan dan penulis sastera yang telah menghasilkan antaranya novel Hikayat Tanah Jauh (2015) dan kumpulan cerpen al-Kisah (2012), Yang Tercinta (2012), Empunya Hikayat (2014), Magis Kota (2016), Pop Urban (2017), dan kumpulan puisi Sepi Itu Mati (2016) dan Orang Sepi Pergi ke Gurun (2018). Beliau memenangi 38 hadiah sastera.

-------

Tiada ulasan: