Isnin, 17 Februari 2020

BACA BETUL BETUL







BACA BETUL BETUL

BACA BAIK BAIK

HANYA DIANGKAT

SEBAGAI CALON
                 

Dokumen ini wajib dbaca oleh semua. KeranA selama ini heboh tentang janji janji janji peralhian. Baca dengan teliliti isi kandungan dokumen  ini. Namanya hanyalah mufakat. MUFAKAT memberi makna persetujuan bersama.Amin

MUFAKAT PAKATAN HARAPAN
Rakyat Malaysia berhasrat menjadikan tanah air ini sebuah negara yang maju, stabil dan sejahtera. Mereka mengimpikan negara yang  gemilang, utuh dan dihormati seantero dunia. Sejak Merdeka dan penubuhan Malaysia, pendiri bangsa telah mewariskan pedoman dan gagasan besarnya agar kita tidak tergelincir dari landasan tersebut.

Namun, mutakhir ini Malaysia berada dalam bahaya dan dilingkungi kebejatan tidak berkesudahan. Rasuah bermaharajalela, hutang negara menggunung, nilai ringgit susut dan hilang daya-saing, sedangkan rakyat terbeban dan menderita kerana harga barang serta kos perkhidmatan terus meningkat dalam keadaan pendapatan tidak mencukupi.

Justeru, menjadi keutamaan Pakatan Harapan menawarkan harapan baharu buat seluruh warganegara demi perjuangan membela rakyat dan membina semula Malaysia yang lebih baik. 

MAKA, Pakatan Harapan bermuafakat dan bertekad untuk melaksanakan janji-janji berikut apabila Pakatan Harapan mendapat mandat rakyat untuk membentuk Kerajaan Persekutuan selepas Pilihanraya Umum ke-14:

1- Membentuk sebuah kabinet berwibawa; gandingan yang berpengalaman, berkelayakan dan berkemampuan;

2 - Menjadikan Parlimen sebagai sebuah institusi yang kukuh dan bebas; dan dipimpin oleh Yang di-Pertua yang adil dan berwibawa.

3 - Mengambil langkah-langkah segera memulihkan ekonomi negara dan meringankan beban kos sara hidup rakyat. Antaranya menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), menstabilkan harga petrol dan memberikan fokus utama kepada usaha menambah pendapatan rakyat;

4 - Melaksanakan reformasi menyeluruh demi mengembalikan maruah dan jatidiri negara dan Bangsa Malaysia, meliputi reformasi institusi, reformasi pendidikan, reformasi ekonomi dan reformasi sosial seperti yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan;

5 - Menghadkan tempoh memegang jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal pilihanraya untuk memugar dan menyihatkan amalan demokrasi terbaik serta mempertegas prinsip kebertanggungjawaban dalam urustadbir negara;

6 - Memastikan ketua-ketua institusi penting negara termasuk Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dan Ketua Audit Negara bebas daripada pengaruh penguasa politik. Mereka bertanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat menerusi institusi parlimen, di mana mereka akan melalui proses pengesahan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (Parlimentary Select Committee) dan akhirnya dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong;

7 - Membersihkan Malaysia dari najis rasuah dengan mendakwa pelaku rasuah di mahkamah, dan jika disabit bersalah maka akan dikenakan hukuman setimpal;

8 - Memastikan institusi-institusi awam seperti FELDA, Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Majlis Amanah Rakyat diurus secara cekap, telus dan beramanah;

9 - Membela kebajikan rakyat terutamanya golongan miskin, ibu tunggal, orang berkelainan upaya dan kumpulan berpendapatan rendah;

10 - Merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan desa, serta antara wilayah dengan tumpuan khusus kepada hak rakyat Sabah dan Sarawak sejajar dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963;

11 - Mengkaji semula sistem percukaian negara untuk memastikan pembayar cukai, terutamanya golongan kelas menengah, tidak tertekan dengan bebanan cukai yang berganda;

12 - Menghormati prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang; dan

13 - Menjunjung prinsip-prinsip utama Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, hak setiap individu untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing, kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak serta hak-hak yang sah untuk semua kaum, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu.

MENGHARGAI bahawa Pakatan Harapan adalah sebuah gabungan besar (grand coalition) parti-parti politik yang menggandingkan dua tokoh negarawan ulung,  iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum dalam rangka menyempurnakan legasi misi tertangguh, maka Pakatan Harapan dengan penuh sukacita dan ta’zimnya mengumumkan:

1 - Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri dan Yang Berhormat Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Datuk Dr Wan Ismail sebagai calon Timbalan Perdana Menteri apabila Pakatan Harapan mendapat mandat rakyat untuk membentuk Kerajaan Persekutuan selepas Pilihanraya Umum ke-14; 

2. Untuk memperkukuh kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan dan memperteguh muafakat antara parti-parti anggota, proses undang-undang untuk mendapatkan Pengampunan Diraja bagi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dimulakan segera, selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara, agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat segera berperanan dalam Kerajaan Persekutuan dan kemudiannya diangkat sebagai calon Perdana Menteri ke-8;

3 - Sebagai persiapan Pakatan Harapan menghadapi dan memenangi PRU14, kami telah memutuskan pengagihan kerusi-kerusi kawasan Parlimen bagi Semenanjung iaitu yang melibatkan 165 kerusi, seperti berikut:

a. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) – 52 kerusi
b. Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) – 51 kerusi
c. Parti Tindakan Demokratik Malaysia (DAP) – 35 kerusi
d. Parti Amanah Negara (AMANAH) – 27 kerusi

MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami.

Tun Dr Mahathir Mohamad
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Tuan Tan Kok Wai
Pengerusi Parti Tindakan Demokratik Malaysia

Tuan Hj Mohamad Sabu
Presiden Parti Amanah Negara

Bertarikh: 6 Januari 2018
18 Rabiul Akhir 1439 H



HANYA 

DIANGKAT 

SEBAGAI CALON

KAH KAH KAH

BUKAN

WAJIB DIJADIKAN 

SEBAGAI

PENGGANTI

KAH KAH KAH

LU BISING

PASAI APA

HANYA DICALON

KAH KAH KAH

SAPA PUN BOLEH

DICALONKAN

KAH KAH KAH

DOLAH SANI

ATAU 

NIK NAZMI

PUN BOLEH

BOLEH DIANGKAT

SEBAGAI CALON

KAH KAH KAH

DIANGKAT 

SEBAGAI

CALON BUKAN

SATU JENAYAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Suntut 2ekor anjing bukan jenayah! Kah kah keok...

Tanpa Nama berkata...

Apa yg pasti, jelas ada hitam putih Anwar sebagai pengganti..

Dalam kenyataan ni pun tak sebut sehingga APEC 2022..

Putar belit ni Anwar dah masak, maka wajib desak Tun laksanakan transisi..

Paling singkat 3 bulan dari hari ni. Ingat, ini bukan salin ketua kampong..

Bulan April UTUSAN baru akan wujud, sebagai media arus PH