Selasa, 11 Februari 2020

BELI INSURAN




MAMAT NI

BELI INSURAN

KES INI 

MENJADIKAN

BUMIPUTERA

SANGSI

TERHADAP

KAUM PENDATANG

Adun Pujut sah hilang kelayakan


MAHKAMAH Persekutuan hari ini membenarkan rayuan dibuat Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk melucutkan kelayakan Dr Ting Tiong Choon sebagai Adun Pujut.

Dengan penghakiman itu, Ting kini bukan lagi wakil rakyat kerusi itu.

Beliau dilucutkan kelayakan sebagai Adun pada 12 Mei 2017, susulan usul dibentangkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Sarawak Wong Soon Koh, yang mendakwa Ting mempunyai dua kewarganegaraan- Malaysia dan Australia.

Ting kemudian memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuching pada 7 Jun 2017 untuk mencabar keputusan DUN. 

Pada 17 Jun 2017, mahkamah tinggi memutuskan keputusan DUN melucutkan kelayakan Ting sebagai tidak sah. 

Pada 13 Julai 2018, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan mahkamah tinggi, berpandangan yang DUN melampaui bidang kuasanya apabila melucutkan kelayakan Ting menggunakan alasan dwi kerakyatan, kerana Ting sudah membatalkan kewarganegara Australia sebelum bertanding pilihan raya. 

DUN Sarawak, Speaker Mohamad Asfia Awang Nassar dan Menteri Kewangan Kedua Sarawak Wong Soon Koh kemudiannya membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan penghakiman mahkamah tinggi dan rayuan. 

Pada Disember, panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan tersebut. 

Ketua Hakim Negara Tengku Maimum Tuan Mat yang mempengerusikan panel hakim memutuskan penghakiman akan dikeluarkan hari ini selepas mendengar hujah semua pihak terlibat. 

Panel itu juga disertai Presiden Mahkamah Rayuan Rohana Yusuf, Hakim Besar Sabah dan Sarawak David Wong Dak Wah dan hakim Mahkamah Persekutuan Mohd Zawawi Salleh, Nallini Pathmanathan, Ong Lam Kiat, Abdul Rahman Sebli, Zabariah Mohd Yusof dan Hasnah Mohammed Hashim. – 11 Februari, 202


RAMAI LAGI

KE MACAM 

KES INI ?

SAJE TANYA

KALAU KALAU ADA

WAJIB BONGKAR
KAH KAH KAH


-----------

Tiada ulasan: