KAH KAH KAH
MAT PET GADUH
DENGAN SAMSENG
DEPAN
RUMAH PASONG
KAH KAH KAH
9 lelaki merusuh di balai polis ditahan
POLIS menahan sembilan lelaki yang merusuh dan menghalang penjawat awam di hadapan Ibu Pejabat Polis (IPD) Port Dickson semalam.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata sembilan lelaki itu ditahan oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di perkarangan IPD Port Dickson kerana merusuh, menghalang penjawat awam serta berkelakuan tidak senonoh di dalam balai polis.
“Kejadian berpunca daripada sekumpulan lelaki yang mabuk bertindak memecahkan cermin kereta milik seorang individu dengan menggunakan senjata parang di Taman PD Utama. Pergaduhan di taman berkenaan telah berlarutan sehingga ke perkarangan balai Polis Port Dickson.
“Bagaimanapun, pihak polis telah berjaya menahan kesemua suspek berumur lingkungan 24 hingga 33 tahun yang terlibat di dalam Balai Polis Port Dickson,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
“Dua daripada sembilan suspek itu didapati gagal mengemukakan pengenalan diri semasa diperiksa oleh pihak polis serta saringan air kencing mendapati seorang suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dan menambah semakan polis mendapati lima daripada suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan narkotik.
Aidi berkata tangkapan dibuat atas kesalahan merusuh, membuat ugutan jenayah terhadap anggota polis, menghalang penjawat awam menjalankan tugas, berkelakuan tidak senonoh di dalam balai polis serta gagal mengemukakan pengenalan diri.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan, 148 Kanun Keseksaan dan di bawah Seksyen 90 Akta Polis 1967.
“Kesemua suspek direman selama tiga hari sehingga esok di lokap Balai Polis Port Dickson,” katanya. – Bernama, 13 Februari, 2020.
WOIT
BETUL PERANGAI
LOKMAN ADAM
KAH KAH KAH
NAK TUNJUK
SAMSENG BOLEH
PERGI GADUH
DALAM HUTAN
KAH KAH KAH
DEPAN
RUMAH PASONG
SEMUA KENA
PASONG
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
--------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan