Rabu, 26 Februari 2020

ESOK-GILO NI







NI GILO NI

ESOK MADEY

JADI PM LAGI KO ?


Dr Mahathir akan umum 

Pakej rangsang ekonomi

 Covid-19 esok
PERDANA Menteri Interim Dr Mahathir Mohamad akan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi untuk mengawal kesan wabak Covid-19 esok.

Pengumuman akan dibuat pada jam 3 petang di Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya, kata jemputan kepada media daripada Kementerian Kewangan.

Awal pagi tadi, Dr Mahathir mengadakan mesyuarat bersama pegawai kanan Kementerian Kewangan untuk membincangkan pakej rangsangan itu.

Wujud kebimbangan yang pengumuman pakej rangsangan ekonomi yang dijadualkan esok itu akan ditangguhkan susulan perletakan jawatan Dr Mahathir selaku perdana menteri dan kejatuhan pakatan pemerintah, Pakatan Harapan.

Bekas timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri Ong Kian Ming memberitahu The Malaysian Insight, semalam, yang dana itu masih belum diluluskan Kabinet sebelum kejatuhan kerajaan PH dan pembubaran Kabinet pada Isnin lepas.

Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng sepatutnya membentangkan pakej itu kepada Dr Mahathir pada 24 Februari, hari sama perdana menteri itu meletak jawatan.

Dalam satu kenyataan semalam, Lim berkata beliau sudah memuktamadkan pakej itu pada Ahad, 23 Februari, hari terakhirnya sebagai menteri kewangan.

Bagaimanapun, Dr Mahathir bertemunya pagi semalam untuk membincangkan perkembangan perkara itu.

Setiausaha agung DAP itu berkata Dr Mahathir menegaskan pakej rangsangan ekonomi akan diteruskan pada tarikh yang akan diumumkan olehnya dalam kapasiti beliau sebagai perdana menteri interim.  

Pemain industri pelancongan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memberitahu The Malaysian Insight yang mereka mahu Putrajaya mempercepatkan pengumuman pakej rangsangan untuk mengawal kesan wabak Covid-19 secepat mungkin.– 26 Februari, 2020.


GOLO DEH EEH

BERANGIN 

TOLO DEN
KAH KAH KAH

-----------

Tiada ulasan: