Sabtu, 1 Februari 2020

KEADAAN MAKIN BAHAYA






KEADAAN MAKIN

BAHAYA

Dikepung gangster upahan, Syed Saddiq terpaksa lompat pagar

KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama beberapa pemimpin lain terpaksa melarikan diri dengan mengikuti jalan tikus dan melompat pagar gara-gara perhimpunan tertutup yang dihadirinya diganggu sekumpulan gangster upahan.

Dalam hantaran di laman Facebooknya, Menteri Belia dan Sukan itu mendakwa, kumpulan gangster berpakaian serba hitam itu telah bertindak mengepung tempat pertemuan, memekik kata-kata kesat dan insiden tersebut turut disaksikan oleh ibu bapanya yang turut hadir. 

Syed Saddiq juga mendakwa kumpulan tersebut melaungkan kepada beliau supaya meminta maaf kepada Tunku Mahkota Johor.
“Malam ini, saya dan Armada Johor berkumpul di Ulu Tiram, Johor. Kami rancang untuk duduk semeja, sembang santai dan bersatu hati. Keluarga Srikandi dan Bahagian juga ada yang turut hadir. Ini rancangan asalnya lah.

“Tapi, malam ini diganggu oleh sekumpulan individu (sekitar 200 lebih orang) yang datang tidak dijemput. Mereka semua berdiri keliling berpakaian hitam datang ke majlis kami. Gangster dan tidak hormat orang.

“Mereka semua berdiri mengepung tempat makan kami, sergah dan langgar semua tetamu yang hadir. Mereka laung dan pekik macam-macam kata-kata kesat. Ibu bapa saya juga jadi saksi malam ini.

“Ini apa? Ada anak-anak kecil, wanita di dalam majlis. Paling teruk, mereka sergah supaya menteri minta maaf kepada TMJ, kalau mahu pulang dari majlis. Apa yang berlaku, saya pun tak tahu. Yang saya tahu, ini biadap dan kurang ajar. Apa salah saya? Saya berkhidmat untuk rakyat.

“Lebih teruk, keselamatan semua yang hadir. Bayangkan dikepung lebih 200 orang individu lagak seperti gangster. Saya sendiri, YB Rafiq, YB Mazlan dan lain terpaksa lari guna jalan tikus dan lompat pagar. Lari seperti orang salah,” katanya.

Beliau dalam masa yang sama mengucapkan terima kasih kepada Armada dan Bersatu Johor sambil menegaskan tidak akan memaafkan kumpulan yang biadab itu. Terima kasih Armada Johor. Terima kasih Bersatu Johor. Malam ini adalah malam keluarga Armada dan Bersatu. Saya tak akan maafkan kumpulan yang biadap ini.

Syed Saddiq turut mengingatkan orang yang bertanggungjawab di sebalik tabir insiden itu bahawa Malaysia mempunyai undang-undang, polis dan mahkamah.

“Tidak ada sesiapa yang lebih tinggi dari perlembagaan. Baik saya atau orang lain.

“No one is above the rule of law. Ini Malaysia. Malaysia, milik semua,” katanya.

Insiden yang sama turut dimuatnaik oleh #TeamSaddiq yang mendakwa rapat umum Armada yang diadakan secara tertutp di Johor telah diganggu oleh gangster upahan.

“Rapat Umum ARMADA diganggu gangster upahan.

“Majlis tertutup ARMADA Johor diselar dengan gangguan lebih 200 gangster upahan yang datang menganggu majlis.

“Mereka datang dengan kata makian dan berniat jahat!” ciap #TeamSaddiq di laman Twitter. – MalaysiaGazette


RAKYAT BERSATU

LAWAN SAMSENG

DAN

MASA TELAH TIBA

RAKYAT BANGUN

LAWAN TOWKAY

YANG BERI UPAH

 SAMSENG



-----------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Syed Saddiq terpaksa lompat pagar? Apa makna berita ini? Ter now? Berita menyusul? Cara membaca tukar tiup? Setiap gambar ada makna? Semantik? Semiotik? Kah kah kah ada makna.