Isnin, 17 Februari 2020

PELAN B TER BEST TERBAIK





PELAN B INI

TER NOWW

TERBAIK

DEMO DEMO 

UNDUR MADEY 

UNDUR


Guna ‘Pelan B’ desak Tun M serah kuasa


GAI BULOH – Seorang pemimpin PKR tidak menolak kemungkinan gerakan reformasi dan himpunan jalanan akan berulang sekali lagi sekiranya pelan peralihan kuasa Perdana Menteri antara Dr Mahathir Mohamad dengan i Anwar Ibrahim tidak berlaku Mei ini.

Bendahari PKR, William Leong menegaskan, sudah sampai masanya penyokong Anwar itu menggunakan ‘Pelan B’ untuk memastikan Dr Mahathir menunaikan janji menyerahkan kuasa pada Mei ini dan bukannya pada November ini.

“Ini masa untuk pelan B dikeluarkan, suara rakyat itu penting, kita nakkan pandangan awam, ia adalah tekanan untuk kerajaan kembali kepada landasan.

“Kita sudah turun ke jalan raya sebelum ini, bukan saya mahu suruh mereka turun, tapi kita mahukan semangat,” katanya berucap dalam program Kupasan Politik Semasa anjuran Gerakan Reformasi Perform, di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Dr Mahathir memberi jaminan beliau akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar selepas dua tahun memerintah negara.

Bagaimanapun isu peralihan kuasa itu semakin hangat apabila terdapat laporan sebanyak 138 ahli Parlimen telah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Dr Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal.

Dalam pada itu, William menyifatkan Dr Mahathir sebagai diktator kerana sikapnya tidak pernah berubah apabila menyentuh soal peralihan kuasa yang mahu dilanjutkan sehingga November ini.

“Kita telah beri peluang kepada Mahathir, kita tahu siapa Mahathir, dulu dia datang himpunan Bersih pakai baju kuning, laungkan reformasi, dia sokong agenda reformasi, kita memang tidak tahu benar atau tidak apa yang dia cakap.

“Tapi akhirnya bukan sahaja ahli PKR, tapi rakyat semua beri peluang kepada Mahathir untuk dia tunjukkan dia berubah, tapi malangnya sekarang sudah jelas dia langsung tidak boleh berubah,”katanya.

Mengulas gerakan mengumpulkan SD, William berkata, jika ada mana-mana wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) yang bersetuju dengan tindakan itu, beliau menyifatkannya sebagai satu pengkhianatan.

“Kalau ini berlaku kerajaan akan hancur dan menjadi sepenggal,”katanya lagi. – MalaysiaGazette

TAPI ADA 

SATU PIKALA


WA NAK TANYA

NI WILLIAM

WA TAK TAK

NAMPAK

LIA TULUN DEMO

KAH KAH KAH

WA TAK  TAK

LAMPAK

MATANG IDUNG

INCEK WILLIAM

KAH KAH KAH

WILLIAM TAK

PERRRAH KENA

LANGKAP POLIS

KAH KAH KAH

HAI YA HAI YA

CAKAP MANYAK

SINANG

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH



------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TT, lu dah old dog turun jalan demo. Sila beri pencerahan. Masa dulu tiap kali ada demo, siapa dalam PKR yang biasa awal-awal dah turun jalan. Tian Chua? Azmin? Pizi? Nik nazmi? Apek William? Wong Chen? Abam? Nurul Izzah? Siapa yang ada telur berdepan abang-abang FRU?