WASPADA
BERHATI HATI
2 lagi kes positif Covid-19 di Malaysia
DUA kes baharu Covid-19 disahkan berlaku di Malaysia yang menjadikan jumlah kes positif virus itu kini naik kepada 21, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad, hari ini.
Kedua-dua kes melibatkan warga China.
Kes pertama melibatkan seorang ahli perniagaan berusia 27 tahun yang kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
Menurut Dr Dzulkefly, lelaki itu memasuki Malaysia pada 14 Februari dan berasal dari Guangzhou, China.
Beliau dikesan mempunyai gejala penyakit itu ketika menjalani ujian saringan di Pusat Imigresen Bukit Kayu Hitam. Ujian klinikal kemudiannya mengesahkan beliau positif Covid-19.
Kes kedua pula melibatkan wanita warga China yang menetap di Malaysia, beliau pulang ke negaranya pada 22 Januari sehingga 30 Januari lalu.
Menyentuh isu penutupan pintu sempadan antarabangsa, Dr Dzulkefly berkata China sudah menutup bandar berhampiran kawasan wabak, Wuhan, sejak 23 Januari lalu.
“Mereka sendiri sudah tutup, saya tak fikir kita perlu tambah (tutup),” katanya kepada wartawan, menambah yang ujian saringan kesihatan lebih ketat juga dijalankan untuk warga China.
Semua langkah pencegahan dan pemantauan wabak dilakukan Malaysia juga selaras dengan arahan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO).
Selain itu, negara juga bersedia memperhebatkan langkah pencegahan, kata Dr Dzulkefly lagi.
--------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan