Khamis, 26 Mac 2020

CONTOH TAULADAN





SATU CONTOH 

TAULADAN

YANG WAJIB

DIIKUITI

TAHNIAH TABEK


Penjawat awam Pahang sedia potong gaji 2 bulan untuk Tabung Covid-19

PENJAWAT awam di Pahang bersedia memotong gaji mereka untuk disumbangkan kepada Tabung COVID-19 Pahang selama dua bulan mulai April, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Dr Sallehuddin Ishak. 

Beliau berkata tindakan itu mencerminkan keprihatinan 10,000 penjawat awam di negeri ini terhadap golongan terkesan akibat penularan Covid-19 seperti peniaga makanan, penjaja dan pemandu teksi yang bergaji harian. 

“Kita sudah mendapatkan pandangan persatuan dan perwakilan pekerja sebelum membuat keputusan dan dimaklumkan semua gred bersetuju menawarkan potongan gaji secara sukarela mengikut kemampuan masing-masing. 

“Bagi pihak kerajaan negeri, saya berterima kasih kerana mereka menunjukkan solidariti bersama rakyat Pahang yang kurang bernasib baik dalam situasi ini,” katanya semasa dihubungi di Kuantan, hari ini. 


Sallehuddin berkata ramai penjawat awam menyatakan mereka tersentuh dengan kesusahan individu bergaji hari tidak mempunyai wang untuk membeli barangan asas yang dimuat naik di pelbagai medium media sosial.

Menerusi kenyataan di media sosial, kebanyakan mereka mendakwa kesempitan wang kerana tidak dapat bekerja sejak Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa pada 18 Mac lepas dan akan berterusan sehingga 31 Mac ini. 

Semalam, Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail melancarkan Tabung Covid-19 Pahang yang menerima sumbangan melalui akuan Perbendaharaan Negeri Pahang di Bank Muamalat bernombor   06010002165711 atau aplikasi digital PahangGo. 

Pada perkembangan lain, Sallehuddin berkata kerajaan negeri akan menghasilkan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) secara ‘Do-It-Yourself’ untuk disumbangkan kepada petugas barisan hadapan. 

“Keperluan PPE sangat mendesak untuk mereka supaya tidak terkena virus itu namun bekalannya pada masa sekarang amat kritikal.   

“Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan Jabatan Penjara Pahang telah bersetuju untuk bekerjasama dalam penyediaan PPE ini,” katanya. – Bernama, 24 Mac, 2020.


PENGORBANAN

DEMI NUSA

DAN BANGSA
TERIMA KASIH


-------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

menteri kabinet kerajaan langit yg baru dilantik taknak potong gaji dan elaun ke?

Tanpa Nama berkata...

Sang kuning kalau stop gaji 6 bulan pun tak da masalah. Penjawat awam tu kalau 2 bulan, aku rasa menggelupur dah. Mesti ramai yg dok maki dalam hati, "hanat lu, mandai2 mintak 2 bulan stop gaji, lu gaji besar, 2 bulan kami belum sama 1 bulan lu"