BERKHALWAT
AHAD 29/3/2020
MASUK KE HARI 12
PAGI INI DI LUAR TINGKAP
AWAL PAGI TELAH HEBOH
UNGGAS BISING
JAM 7.40 GUA MASUK KWANTUNG
HEBOH
CERIA BETUL PAGI INI
SAYU SAYU AYAM HUTAN
BERKOKOK
LAWAN BERLAWAN
GUA RASA ADA
3 ATAU 4 EKOR JANTAN
DI PINTU MASUK GUA DISAMBUT
OLEH NYANYIAN INDAH
RAJA UDANG
GUA SELALU NAMPAK
MAMAT INI
DI AUSTRALIA RAJA UDANG I
DI PANGGIL KUKUBARA
GUA TERINGAT
LAGU KUKUBARA
SITS ON THE OLD GUAM TREE
DISEKOLAH RENDAH
DARJAH TIGA
POKOK ARA SENYAP
GUA RASA BUAH DAH ABIS
TIAP PAGI GUA BERSENAM
10 MINIT SAJE
BETULKN BADAN
INI RUTIN
BUAT YOGA
YANG GUA BELAJAR
DI PAKISTAN
PULUHAN TAHUN DULU
TETIBA GUA TERDENGAR
BUNYI BELATOK
TOK TOK TOK
DIA SEDANG MEMAHAT
DISEBATANG KAYU MATI
JANGAN SILAP
INI BUKAN BURUNG TUKANG
YANG KELUAR WAKTU MALAM
GUA TAK NAMPAK
MAT BELATOK
GUA HANYA DENGAR BUNYI
BERJALAN PULANG
NASIB GUA BAIK
HELANG MELINTAS RENDAH
BURUNG TERBESAR
DALAM KWANTUNG
HAMPIR SABESAR AYAM HUTAN
BRICKFEILDS SENYAP
KUALA LUMPUR SENYAP
HANYA GUFFY
DI BLOK A
MENYALAK BILA ADA
ANJING LAIN LALU
DIWILAYAH YANG DIA KLIM
DIA KONTROL
AMIN
INI SENTIMEN
----------
2 ulasan:
TT Burung Helang yg kau nampak tu rupa dia sama tak dgn Helang Selatan.Kot Helang Selatan lebih hodoh dgn rupa kontot dia dgn perangai mcm haprak..
TT, kesian org kampung TT sobab x boleh kuar umah.
JELEBU- Polis bertindak menutup beberapa jalan kampung di kawasan Kuala Klawang di sini semalam selepas mendapati ada penduduk yang ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis daerah Jelebu, Deputi Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, polis telah memberi amaran supaya mereka duduk di rumah sepanjang PKP namun masih ada yang ingkar.
"Kita kesal dengan sikap mereka yang berdegil menggunakan beberapa jalan kampung di kawasan Kuala Klawang bagi mengelak sekatan jalan raya," katanya yang turut memantau penutupan jalan itu semalam.
Mengulas lanjut, Kamarul Rizal berkata, pihaknya berharap masyarakat dapat menghadkan pergerakan dalam tempoh PKP untuk keselamatan diri dan keluarga.
Catat Ulasan