SABTU 28/3/20
JAM 3.30 PETANG
GUA BARU BANGUN DARI SIESTA
SEMUA SENYAP
SEMUA SEPI
TAK DA SAPA DI JALAN
TAK DENGAR KERETA
TAK NAMPAK BUDAK PANDA
MURAI SENYAP
UNGGAS SENYAP
DILUAR PANAS
GURUH PETANG DAH BERBUNYI
EZI DAN TAK TAK
AMAT TAKUT
BILA ADA BUNYI GURUH
TAK TAK NYOROK
DALAM BILIK AIR
EZI NYOROK
BAWAH MEJA
KADANG KADANG
EZI MENGIGIL TAKUT
GUA SELALU FIKIR
KETIKA ANJING BELUM
BERKAWAN DENGAN MANUSIA
MEREKA
DUDUK DALAM UTAN
APAKAH MEREKA TAKUT DENGAN
GURUH DAN PETIR
KALAU MEREKA TAKUT
KEMANA MEREKA
SOROK DIRI
LEPAS BANGUN TIDO
GUA TURUN BUANG SAMPAH
GUA NAK BERSIH FLET
YANG BANYAK BARANG
ADA PELBAGAI
TERSIMPAN TERPACAK TERSELIT
GUA MILIHAT DI YOU TUBE
KLIP MINIMALIS
GAYA HIDUP MINIMALIS
INI GAYA HIDUP BETUL
TAK PERLU BANYAK HARTA BENDA
PAKAIN KASUT BUKU
DAN DAN DAN
GUA PERNAH HIDUP
MINIMALIS SELAMA DUA TAHUN
2 HELAI SELUAR
2 HELAI BAJU
2 HELAI BAJU T
1 SELIPAR
1 KAIN TOWEL
BUKU APA YANG ADA
MAKAN APA YANG ADA
TAK DA TV
TAK DA INTERNET
TAK DA AKHBAR
GUA HABISKAN MASA
MEMBACA MEMBACA
GUA HAIRAN
KELUAR DARI KAMUNTING
GUA ADA BANYAK BAJU
ADA BANYAK SELUAR
ADA BANYAK KASUT
MAKIN RAMAI BUKU
MAKIN BERAT HIDUP
MASA GUA LINTAS
SEMPADAN
MASUK KE SIAM
GUA HANYA ADA
SATU PANTALON
SATU BAJU
SATU PLATIK BEG
MASA GUA
DI BEBAS DARI PENJARA BOMBAI
GUA HANYA
ADA SATU SELUAR
SAHELI BAJU
MAHKAMAH SUPREM INDIA
TERPAKSA
MEMBENARKAN
GUA KELUAR KE PEKAN
BELI PAKAIAN TEBAL
KERANA
GUA AKAN DIHANTAR
KE BELGIUM
YANG SEDAG SARAT
MUSIM SEJUK
KETIKA GUA SAMPAI
KE KL 20 TAHUN
KEMUDIAN
GUA HANYA
ADA SATU BEG
ADUH
HARI INI DARI MANA
DATANG
BARANG BARANG
DALAM FLET GUA
KALI INI GUA JANJI
GUA NAK BUANG
MANA YANG TAK GUNA
AMIN
4 ulasan:
l E T 17 (@Inevitable_ET) Tweeted:
And now Trump has taken their cash cow, and is letting the Treasury milk it. And there is little the Fed can do about it.
Why stop at 6 Trillion?
Let’s go for the whole lot (800T) https://twitter.com/Inevitable_ET/status/1243743353520508930?s=20
5 S wogih
ini mmg selari dan tepat seperti yg dianjurkan. banyak yang dipegang, berat nak terbang. jika ini diamalkan, bila menjadi miskin, ah biasa sahaja. bila menjadi kaya, ambil yg perlu sahaja dan selebihnya dikongsi. kenapa ada gravity menekan kita duduk di bumi?
Arwah ayah gwa pernah menginap Di Kamunting Di zaman orang puteh, Kira Gaya hidup minimalist jugak lah. Dua
tahun Kalo tak silap. Tapi dia tak Banyak cakap pasal Kamunting. Dia cuma pesan kat gwa, jangan masuk lokap kerana falsafah politik.tak tau lah,mungkin dia dah kecewa. Isham, gwa tengok maseh idealistic . Syabas!
Catat Ulasan