Sabtu, 21 Mac 2020

SAH - KES MAKIN BERAT







SAH KES 

MAKIN BERAT

KERAJAAN WAJIB

BIJAK JANGAN

JADI 

MAT BANGANG

Pembekal dijangka kehabisan bekas pembungkus makanan

BEKALAN makanan mungkin terganggu minggu hadapan berikutan pengeluar akan kehabisan bungkusan untuk menghantar produk mereka, kata sumber.

Dua pengeluar makanan memberitahu The Malaysian Insight mereka akan kehabisan kotak, kotak kertas dan jenis pembungkusan lain apabila pembekal diarahkan untuk tidak bekerja.

“Pembuatan makanan hanya sebahagian dari operasi.

“Tetapi terdapat banyak komponen penting lain bagi memastikan produk dihasilkan kami sampai kepada pengguna,” kata sebuah eksekutif syarikat yang menghasilkan minuman ringan, kuih muih dan produk minuman lain.

Sumber berkata termasuk dalam bahagian itu adalah logistik, ramuan dan hampir semua jenis pembungkusan.

“Sekalipun kita dapat meneruskan pengeluaran barangan makanan, kita tidak boleh salurkan kepada peruncit, pengedar dan pasar raya serta kedai runcit jika kita tidak dapat membungkusnya di dalam kotak,” katanya.

Eksekutif berkata mereka dimaklumkan oleh pembekal pembungkusan pada Khamis bahawa mereka tidak dapat membekalkan bungkusan lebih banyak kerana pihak berkuasa memerintahkan untuk menutup operasi disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan.

“Melainkan barang habis cepat, kami akan kehabisan kotak pada minggu depan,” katanya.

Satu salinan koresponden dari pengeluar pembungkusan kepada pekerja yang mereka terpaksa hentikan pengeluaran ditunjukkan kepada The Malaysian Insight.

Pada 18 Mac selepas perintah kawalan pergerakan dikuatkuasa, Majlis Keselamatan Negara mengeluarkan kenyataan bahawa pengecualian akan diberikan kepada pengeluar tertentu.

Selepas berunding dengan pelbagai pihak berkepentingan, kerajaan meluluskan dengan syarat pengeluar kritikal dibenar untuk terus beroperasi.

Antara syarat termasuk kapasiti operasi pada 50%, sistem peralihan bagi pekerja, senarai butiran pekerja, sistem untuk memeriksa suhu badan semua kakitangan, sanitari tangan yang mencukupi di premis kilang dan senarai produk serta pelanggan.

Antara yang berada dalam senarai kritikal pengeluar termasuk produk makanan, bahan pembersih, peralatan pelindung diri, farmaseutikal, bahan pembungkusan dan cetak, peranti perubatan dan pembedahan serta bahagian untuk alat perubatan seperti alat ventilator.

Bagaimanapun pada 19 Mac beberapa pengeluar pembungkusan diberitahu untuk memberhentikan operasi sementara menunggu permohonan mereka kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Sebuah pengeluar pembungkusan menunjukkan dokumen yang dihantar ke MITI pada 18 Mac seperti yang diminta pada hari sama.

“Tetapi kami belum menerima jawapan lagi. Kami diberitahu oleh pegawai majlis tempatan untuk menghentikan operasi,” katanya.

Pengeluar makanan pula memberitahu The Malaysian Insight bahawa syarikatnya juga perlu memberhentikan operasi bekerja minggu hadapan kerana kehabisan bungkusan.

“Kami hanya mempunyai kotak yang mencukupi sehingga Rabu depan,” katanya. – 21 Mac, 2020.



MEMERLUKAN

FIKRAH YANG

CEKAP BUKAN

LEMBAB
------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ni lah bahananya bila celah-celah awalan krisis covid19, dibuatnya pula langkah sheraton. tak boleh sabar kejap ke? sekarang ni pulak tak habis-habis tuding jari salahkan kau aku. kerajaan dan pembangkang wajib gembeleng otak cari jalan penyelesaian. mana buah fikir dari pas? mana buah fikir dari dap, pkr, umno dan lain-lain? mana azmin? mana lim guan eng? mana bekas menteri kereta terbang? semua senyap sunyi berkurung dalam rumah ke?