KES ROHINGYA
BERTAMBAH
PELIK
SAHEH KE
17 NGO INI?
PELIK SEMUA
NAMA
ORANG PUTEH
MACAM NAMA
DIBUAT BUAT
KAH KAH KAH
Zafar Ahmed bukan wakil kami, kata 17 NGO Rohingya
AKTIVIS Zafar Ahmed Abdul Ghani yang sering mengeluar kenyataan mengenai hak Rohingya tidak mewakili masyarakat tersebut, kata NGO masyarakat berkenaan.
Satu kenyataan bersama oleh 17 NGO tersebut turut memohon maaf atas kenyataan Zafar Ahmed, Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom).
“Kami pelarian Rohingya tidak pernah melantik Zafar Ahmed sebagai presiden kami dan beliau bukan pemimpin kami.
“Malah kami tiada pemimpin di Malaysia dan beliau tiada hak untuk mengeluarkan kenyataan bagi pihak kami,” kenyataan itu dipetik.
Antara yang menandatanganinya Arakan Watch, Human Rights Association for Rohingya, Ethnic Rohingya Committee of Arakan dan Rohingya Arakanese Refugee Committee.
Ia turut menyatakan rasa kesal kerana kenyataan Zafar menimbulkan sentimen negatif rakyat Malaysia ke atas pelarian Rohingya di Malaysia.
Tuntutan itu merujuk kepada tuntutan Zafar dalam satu surat kepada menteri sumber manusia agar warga Rohingya diberi hak bekerja dan dilindungi sebagai pekerja.
Ia dihantar kepada menteri sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan, A Kulasegaran.
Kemudian, timbul dakwaan bahawa Zafar menuntut hak kerakyatan dari kerajaan Malaysia melalui NGO tersebut, yang menyebabkan beliau menerima kecaman dan celaan dari ramai pihak.
Zafar menolak tuduhan palsu tersebut dan menyatakan rasa kesal atas ugutan yang diterimanya.
Mengulas tindak-tanduk Zafar, 17 NGO Rohingya itu berkata semua warga pelarian tersebut menolak kenyataan tidak realistik dan tidak bertanggungjawab dan percaya beliau diperalatkan.
“Beliau dipergunakan oleh musuh kami di sini dan juga di Myanmar untuk mencemarkan isu dan imej kami bagi menggendalakan perlindungan sementara kami di Malaysia…”
Ia turut menyatakan komitmen bahawa masyarakat Rohingya hanya berada di sini buat sementara sebelum kembali ke tanah air atau dipindahkan ke negara ketiga.
NGO berkenaan juga menyebut, komuniti Rohingya kini berasa bimbang dan ketakutan disebabkan sentimen negatif ke atas mereka.
Ia mendakwa, sentimen itu timbul disebabkan kenyataan Zafar dan menyatakan penghargaan ke atas kerajaan Malaysia kerana memberi perlindungan dan menunjukkan keprihatinan kepada mereka.
Turut menandatanganinya, Rohingya Education And Development Organization, Da’wah & Empowerment Association for Rohingya dan Rohingya Cooperative Society.
Antara 10 lagi organisasi yang menyokong disenaraikan termasuk Rohingya Association in Malaysia, Rohingya Islamic Society in Malaysia, Rohingya Youth Care dan Rohingya Youth Development Forum.
Turut menandatanganinya United Islamic Rohingya Organization for Development, Women for Rohingya, Rohingya Islamic Center, Australian Burmese Rohingya Association, Arakan Rohingya Youth Association dan Rohingya Writers Network. – 26 April, 2020.
ADA ROHINGYA
WRITERS
NETWORK
KAH KAH KAH
PAGI JUAL SAYUR
MALAM JADI
KARYAWAN
WOW
SATU DUNIA
MENUNGGU
BERITA DARI
STOCKHOLM
PEMENANG
HADIAH NOBEL
KAH KAH KAH
KES ROHINGYA
PROJEK SIAPA ?
4 ulasan:
Sabenarnya sy amat sedih bila tahu panglima kim jong un sedang nazak. Menteri nikah negara tak nak ishtihar memakan burger adalah haram ke? Mcm rokok yg hukumnya haram. Dok hari2 dgr halal haram halal haram, hadis sana, fakwa sini, ana ente, ana ente. Jika tiada keberanian, dicadangkan yang maha mulia presiden rohingya menjadi menteri agama. Aaminn.
Hanya cadangan : Apa kata buat perkampungan utk rohingya, muslim myanmar, bangladesh dekat² dengan istana segambut? Ada kawasan hutan lagi tu kan, tebas cantik² pagar elok².. letak kat situ.
Negeri cadangan utk rohingya, muslim myanmar dan bangla - kita masukkan ke negeri che mek molek. Pun masih byk tanah yg dah dikosongkan oleh pembalakkan. Senang dah keje, sediakan kemudahan je. Bg keje utk diorg, pantau aktiviti² pembalakan yg ada. Kan senang...
TT, baca berita terkini tak? Dah berpuluh tahun masalah ada, Abam tiba-tiba mula kesah Rohingya. Cerita apa sebalik tu? PKR tiba-tiba dah jadi Parti Kesah Rohingya. Ramai anak ikan kat sana ke? Orang Port Dickson tengah merana kobid, Abam ada ambil pot?
Catat Ulasan