MAKNANYA
DIBELAKANG
BERITA INI
JELAS
MUHYIDDIN
DALAM BAHAYA
GEROMBOLAN SEDANG
BERI TEKANAN
Usah bangkit isu keabsahan kuasa Perikatan, kata Muhyiddin
RAKYAT muak jika isu keabsahan kuasa dibangkitkan sewaktu bencana Covid-19 pada masa ini, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yasin.
Beliau berkata isu berkenaan tidak perlu ditimbulkan kerana pada masa ini rakyat mahu melihat tindakan kerajaan menangani pandemik tersebut.
Presiden Bersatu itu berkata demikian ketika ditanya dalam wawancara khas disiarkan stesen TV kerajaan malam ini, yang dipromosi kepada seluruh rakyat melalui pesanan telefon bimbit.
Oleh itu beliau tidak sepatutnya menggunakan masa ini untuk bercakap soal parti, gabungan parti kerajaan dan juga keabsahan kuasa, katanya.
“Rakyat muak dengan cerita itu. Apa yang mereka hendak tahu adalah apa yang kerajaan hendak lakukan,” katanya yang menambah isu tersebut hanya akan disentuh pada masa sesuai.
Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri awal Mac lalu selepas membawa partinya keluar dari gabungan bersama Amanah, PKR dan DAP dalam Pakatan Harapan.
Isu keabsahan kuasa itu dipersoal selepas beliau membentuk kerajaan baharu bersama PAS, Umno serta parti dalam gabungan Barisan Nasional dan juga GPS.
Kedudukan beliau dan partinya dalam gabungan baharu Perikatan Nasional itu pula kini menjadi tanda tanya apabila pemimpin Umno menyatakan penentangan terbuka ke atasnya.
Antaranya dari timbalan presiden Umno Mohamad Hasan yang berkata parti itu tidak ragu-ragu untuk bertanding melawan Bersatu dalam pilihan raya umum akan datang.
Mohamad berkata, ini memandangkan Umno tidak mempunyai hubungan rasmi dengan Bersatu yang membentuk Perikatan Nasional, katanya.
Malah Umno juga tidak pernah menyertai gabungan Perikatan Nasional kerana ia bukan entiti politik seperti Barisan Nasional.
Hubungan Umno dengan dengan Bersatu pula hanya untuk menyelamatkan Malaysia dari pergolakan politik yang dicetuskan kumpulan tertentu dalam Pakatan Harapan, katanya.
Mohamad menjawab dakwaan DAP bahawa Umno tidak akan membiarkan Bersatu mengepalai kerajaan Perikatan Nasional dan hanya akan bertahan sehingga pilihan raya umum akan datang.
Terdahulu, Muhyiddin sejak minggu lalu berdepan desakan dari pemimpin Umno dan PAS untuk dilantik ke jawatan strategik dalam kerajaan.
Beberapa jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan dan badan berkanun dilaporkan sudahpun diisi oleh pemimpin parti berkenaan.
Muhyiddin juga dalam wawancara tersebut malam ini berkempen agar rakyat meyakini tindakan kerajaan dalam memerangi Covid-19, termasuk penguatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan.
Sewaktu mengumumkan perintah tersebut pada bulan lalu, Muhyiddin juga mengakui kerajaan Perikatan Nasional pimpinannya bukanlah kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
Bagaimanapun, kerajaan ini diperlukan oleh rakyat, katanya dalam bahasa Inggeris di penghujung ucapan panjang dalam bahasa Melayu itu. – 25 April, 2020.
POLITIKUS KITA
MASIH DENGAN
PERANGAI LAMA
KITA AKAN
BERBUNUH
SESAMA SENDIRI
WAJIB LAHIR
SATU WADAH
BARU UNTUK
SELAMATKAN
DIRI KITA
AMIN
4 ulasan:
Padan muka lorong belakang busuk, lubang keluar tahi mesti lah berbau busuk, siap gas kentut lagi, berapa lama boleh tahan berak? Petua kena tanya syafool yang tahan berak selama tiga hari selepas dituju roket pisang tanduk kah kah kah, apa pon akan sampai masa untuk semua, ini rohingya dah mula, tunggu Indon pulak nanti, nak untung sangat kan? Sampai jual warga negara kah kah kah Bangla belum, Nepal belum lagi, bila dah ramai mula cabar semua kah kah kah
wadah tu apa? bahasa org asli ka? Orang asli nak minta bantuan claim tanah semua dia punya. kah kah kah
Matasan dah lah tu ..kau nak jadi Abam lak ko, ponek2 Abam mongolupo Madey jugak jadi PM. Sok kau boiyo bololah, Zahid jugak yg angkek sumpah jadi PM. Nak tanya buleh ko org yg ado 1OO kes makamah jadi montoghi.
Khianat tikam belakang semua politik dari sejarah Melayu, sejarah sudah pun menceritakan bibit bibit hasad dengki, khianat sula menyula, rosak kerjaan kerana lubang sedap, peranan wanita hancur satu negara, semua sudah ada dalam sejarah, khianat akan balas khianat, sula balas dengan sula,.kalam balas dengan Kalam...ooopss pisang montel kah kah kah...
Catat Ulasan