Isnin, 4 Mei 2020

PUASA KE 11 KHALWAT KE 48









BERPUASA

BERKHALWAT
SENIN 4/5/2020
HARI INI KITA MASUK 
HARI KE 11 BERPUASA
HARI KE 48 BERKHALWAT

HARI INI PKP
MENJADI PKPB 
B MAKNANYA BERSYARAT
PERENTAH KAWALAN
 PERGERAKAN BERSYARAT

KELONGGARAN INI
TELAH DITOLAK OLEH
TUJUH NEGERI
SABAH PAHANG KELANTAN
PULAU PINANG SELANGOR
KEDAH SARAWAK

JAM 7.23 PAGI
GUA BUKA 
PINTU PAGAR KWANTUNG
JAM 7.24 
GUA MULA TERDENGAR
OKESTRA UNGGAS
TAPI PAGI INI
TELINGA GUA TAK TELITI
MENDENGAR MERBOK DAN MERBAH

DARI JAUH 
GUA TERDENGAR DERAMAN KERETA
DARI ARAH PLUS SUNGAI BESI
ERTINYA RAMAI INGIN MASUK
KE DALAM KOTA
KUALA LUMPUR PAGI INI
CERAH BERCAHAYA
MATAHARI BARU NAK KELUAR
MASIH DIHALANG OLEH
AWAN MENDUNG 
HUJAN TAK JADI KELMARIN

TETIBA DIBELAKANG GUA
MAT JOGGER MEMOTONG
INI MAMAT INDIA
DARI BRICKFEILD
EZI DAN TAK TAK

PADA AWALNYA  SEBULAN DULU 
EZI AKAN MENYALAK
MENAKUTKAN MAMAT INI
KINI MEREKA DAH KENAL
EZI DAN TAK TAK 
TAK AMBIL POT
DARI JAUH GUA NAMPAK
KAPCAI MASUK
SAHEH DUA PEKERJA KUBUR
WARGA MAYAMAR
TELAH BERSEDIA UNTUK BEKERJA

TETIBA DI UDARA
GUA DENGAR DERAMAN HELI
GUA MENDONGAK
GUA NAMPAK HELI INI
MUNGKIN HELI PDRM
MEMBERI LAPORAN 
PERGERAK DI BAWAH

INI MENGINGTAKAN GUA
PADA ERA REFORMASI
KETIKA BERDEMO 
DI WILAYAH KAMPONG BARU
HELI AKAN MENYULUH
DARI UDARA

SAMA SAMA BERDEMO
AJEN SB YANG BERTUGAS
SB INI AKAN BUKA CERITA
HELI INI AMBIL GAMBAR
DARI UDARA 
UNTUK KENAL PASTI
DIA DIA SENDIRI BERLAKUN
MENYOROKKAN MUKA
DAN BERSANDAR DITEMBOK

INI TEATER
INI TAKTIK 
 UNTUK BERI TAKUT
AGAR JANGAN BERDEMO
KERAA POLIS RAKAM
UNTUK KENAL PASTI
POODAH
KAH KAH KAH
PULANG KE  LE CHATEAU
ADA MINAH SEDANG BERJOGGING
SEORANG LELAKI
BERTALI LEHER MELINTAS
MENUJU PEJABAT
TAPI KERETA MASIH 
BANYAK DI TEMPAT LETAK KERETA

ERTINYA
TAK RAMAI PERGI BEKERJA
JALAN BESAR DEPAN LE CHATEAU
MASIH LENGANG
DUA TAK AKAN KELUAR
GUA AKAN TERUS BERKHALWAT
GUA NAK LIHAT
DUA MINGGU LEPAS PKPB
APA AKAN TERJADI
APAKAH MAT KOBID
AKAN MEMBUAT 
SERANGAN KE DUA?

SELAMAT BERPUASA
SELAMAT BERKHALWAT
AMIN








KPINI SENTIMEN

Tiada ulasan: