BERPUASA
BERKHALWAT
SABTU 23/5/2020
KITA SELESAI BERPUASA
ESOK HARI RAYA
KITA MASIH BEKHALWAT
HARI KE 67
HARI RAYA KOBID
PAGI INI
SEBELUM MASUK KWANTUNG
GUA SUDAH DENGAR
HEBOH UNGGAS
MURAI TIONG
RAJA UDANG MERBAH
DIBANTU OLEH
SALAKAN
MEREKA DAH AWAL
MENYAMBUT RAYA
JAM 7.23 GUA MASUK KWANTUNG
CERAH SEGAR
TAPI MATAHARI
TAK NAMPAK
DERAMAN KERETA TAK KUAT
TERNAMPAK
DUA EKOR
ONGET ONGET BUMI
UNGGAS INI KECIL
SELALU NAMPAK
DI PASIRAN SUNGAI
TERUTAMA SATELAH HUJAN
LEPAS HUJAN PASIR BERUBAH
MEREKA MENCARI REZEKI
DI KWANTUNG
UNGGAS INI MENCARI REZEKI
ATAS JALAN RAYA
YANG DIPENUHI PASIR
MACAM PASIR SUNGAI
ONGET ONGET BUMI
KERANA
BONTOT DAN EKORNYA
SENTIASA TURUN NAIK
KETIKA MENCARI REZEKI
TETIBA
BERSELISEH DENGAN
PACUAN EMPAT RODA
GUA KENAL SIAPA PEMANDU
INI MINAH SALEH
NAMA DIA DEBIE
SUAMI NAMA PATRICK
KELUARGA INI DARI PANTAI DALAM
MEREKA ADA TIGA EKOR ANJING
DAH HAMPIR 3 BULAN
TAK NAMPAK MEREKA
INI KALI PERTAMA
SATELAH PKPB
SELALUNYA TIAP PAGI
AKAN BERSELISEH
MEREKA KE KWANTUNG
KERANA DEBIE JADI CIK GU
DISEKOLAH ALICE SMITH
JALAN BELLAMY
DI SEBELAH KWANTUNG
KELUAGA INI BAIK HATI
SETIAP KALI KE KWANTUNG
PASTI MEMBAWA BEKAL
UNTUK WARGA LIAR
DI KWANTUNG
DETIK DETIK INI
AKAN HILANG
HARI INI JADI SEMALAM
SEMALAM JADI DULU
WAKTU DAN MASA
TERUS BERJALAN
TIDAK TERTANGGUH
HIDUP HANYA SEKALI
MASA TIDAK BERULANG
GUA HANYA MERAKAM
TIDAK ADA ULANG TAYANG
HIDUP DENGAN SEKARANG
JANGAN TERLEPAS
YANG DIDEPAN MATA INI
ADALAH KEHIDUPAN
CINTAILAH SOSOK
YANG SEBANTAL
DENGAN KAMU
JANGAN DIPENJARA
OLEH KENANGAN
KERANA TERLUPA
MERAYAKAN SEKARANG
SELAMAT BERPUASA
SELAMAT BERKHALWAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan