RAYA KE DUA
KHALWAT KE 69
SENIN 25/5/2020
HARI RAYA KE DUA
BERKHALWAT MASUK KE 69
PAGI INI CERAH
BILA GUA MASUK KWANTUNG
SEMUA SENYAP
AGAKYA UNGGAS
MASIH BERHARI RAYA
GUA MASUK JAM 7.40
YANG SIBUK HANYA
WARGA LIAR KWANTUNG
DEBIE DAH SAMPAI
DIA SEDANG MEMBERI
MAKANAN PADA WARGA LIAR
TAK TAK DAN EZI
MASUK CAMPUR
INI KERANA MEREKA
KENAL DEBIE
DAN PASTI DAPAT
GULA GULA IDAMAN MEREKA
DARI SAKU DEBIE
KELMARIN GUA BERAYA
DI SEMENYIH
KAKAK GUA TERSANGKUT
DI RUMAH ANAKNYA
TAHUN INI
UNTUK PERTAMA KALINYA
RUMAH PESAKA
DITUTUP DI KG CHENOR
JELEBU
TAK ADA
SIAPA DIKAMPONG
BIASANYA SEBAGAI
TRADISI
KAMI SEMUA AKAN
BERKUMPUL DI RUMAH PESAKA
RUMAH RAIS DAN ZALEHA
GENG GUA
AKAN DATANG DARI KL
ADA YANG DATANG BERMALAM
PADA PETANG RAYA
KAMI MAKAN DAN MINUM MINUM
BERHARIMAU DAN BERANGGUR
BERSAMA KETUPAT LEMANG RENDANG
PADA TIGA RAYA
KELUARA BESAR
HULU BALANG SAHU
ASAL USUL KAMI
AKAN BERKENDURI KELUARGA
BERKUMPUL
DI RUMAH TOK NENEK KAMI
RUMAH BARU
DIATAS TAPAK RUMAH ASAL
RUMAH KELAHIRAN
AYAH GUA
KAUM KELUARGA
DARI JEJAWI
DARI JERANG
DARI JELEBU
DARI JELAM
DATANG MAKAN KENDURI
INI KENDURI 4J
TAHUN INI
SEHARUSNYA
KELUARGA RAIS
YANG JADI TUAN RUMAH
GAGAL
TRADISI INI
DAH BERTAHUN KAMI LAKUKAN
INILAH CIRI ISLAM BUDAYA
YANG GUA RAYAKAN
PETANG KELMARIN JUGA
JAM 5.30 PETANG
ANAK MUDA
DARI TIM DAPUR JALANAN
BERAYA DENGAN
WARGA MISKIN KOTA
TAHUN INI
KENDURI KAMI
JAUH JAUH
TAK ADA DUDUK MAKAN
TAKDA KHEMAH
TAKDA BERSALAMAN
MAKANAN DAN KUEH
DISAMPAIKAN
SATU PERSATU
INILAH YANG
GUA PANGGIL
HARI RAYA
PERANG KOBID
SELAMAT BERAYA
SELAMAT BERKHALWAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan