Selasa, 19 Mei 2020

RIZA BELOT JADI KENG






RIZA JADI

KENG TIBAI

AYAH  TIRI

KAH KAH KAH


Riza jadi saksi pendakwaan kes 1MDB Najib

PIHAK pendakwa akan memohon untuk memanggil Riza Aziz sebagai saksi bagi memberi keterangan dalam perbicaraan kes 1MDB Najib Razak, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur didengar hari ini. 

“Kami mohon untuk memasukkan Riza Aziz dalam senarai saksi kerana beliau sudah berikan bukti kepada pihak pendakwaan.

“Kami akan buat permohonan rasmi,” kata Gopal Sri Ram yang mengetuai pendakwaan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah. 

Najib Razak berdepan 25 pertuduhan jenayah berkaitan dana awam RM2.28 dalam perbicaraan 1MDB yang bersambung hari ini selepas ditangguhkan enam bulan. 

Khamis lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepaskan tanpa bebas atas tuduhan pengubahan wang haram AS$248 juta (RM1.25 bilion) berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Riza didakwa pada 25 Julai, 2019.

Berikutan keputusan mahkamah itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan berkata, kerajaan dijangka akan menerima aset bernilai AS$107.3 juta (RM465.3 juta) sebagai sebahagian daripada perjanjian antara pihak pendakwa dan Riza.

Sri Ram juga memberitahu mahkamah bahawa pendakwaan juga akan memohon prosiding penghinaan terhadap Najib untuk komen yang dibuat dalam wawancara baru-baru ini.

Sri Ram berkata, bekas perdana menteri berusia 66 tahun itu menghina mahkamah ketika dia mengatakan dia menjangkakan suasana “lebih kondusif” untuk perbicaraan 1MDB berikutan perubahan pentadbiran.

Sebagai tindak balas, peguam bela Muhammad Shafee Abdullah berpendapat bahawa tidak ada prosiding penghinaan dibuat terhadap bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, yang telah memanggil anak guamnya “penyangak”, atau perompak dan pencuri.

“Tidak ada yang mengatakan beliau menghina,” kata Shafee, meminta pihak pendakwa mempertimbangkan kembali permohonan mereka.

Dalam wawancara dengan Reuters yang diterbitkan pada 4 Mac, Najib mengatakan kejatuhan kerajaan yang menggulingkannya bererti beliau kini mengharapkan suasana yang lebih kondusif untuk perbicaraan yang adil.

“Saya menjangkakan bahawa suasana akan lebih kondusif untuk perbicaraan yang adil,” kata Najib.

“Saya tidak menyinggung apa-apa, kerana tidak ada kesimpulan untuk perbicaraan ... Tetapi diharapkan, kamu tahu, saya akan mendapat perbicaraan yang adil,” kata Najib. – 19 Mei, 2020.


APA ADA HAL

BUKAN AYAH

SENDIRI

BELOT JANGAN

TAK BELOT

KAH KAH KAH

MAK SENDIRI

NAJIB DAH

TERAJANG

KAH KAH KAH

NAJIB ADA

KETAT SENDAT

 SLIM MELIM

BUKAN BADAK

KAH KAH KAH


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Riza dah lawan bapak tiri? Ooo maknanya najib dan rosmah nanti masuk sel lain lain laa.

Tanpa Nama berkata...

TT, mana ada anak belot mak? Ini aturcara nak gagal pembicaraan ayah tiri ke? Anak jadi saksi, peguam soal, anak jawab sokong ayah tiri, buat keliruan. Orang putih kata "mistrial".

Tanpa Nama berkata...

kau yakin ke bila riza jadi kheng dia akan lodeh najib? londeh najib maknanya londeh kain mak dia sekali. kau percaya ke? kalau kau percaya maknanya kau percaya rosmah masih anak dara. kahkahkah bingai.