BERKHALWAT
SENIN 29/6/2020
KITA MASUK HARI KE 104
BERKHALWAT
AMIN
PAGI INI HOKKIEN KELAM
KUALA LUMPUR BERKABUS
MATAHARI DITUTUP AWAN
AWAN PAGI INI
SAPERTI OMBAK LAUT
MENEBAR SELURUH ALAM
ADUH !
CANTIK DAN INDAH
DULU ZAMAN KANAK KANAK
DI ULU KLAWANG JELEBU
BILA TERLIHAT AWAN PETANG
SAPERTI INI
MAKA ADA SUARA ABANG
YANG LEBIH TUA BERSURAH
BAHAWA INI TANDA
LAUT TELOK KEMANG
PORT DICKSON
SEDANG BEROMBAK
DAN
KAMI YANG LEBIH MUDA
MENERIMA SURAH INI
SAPERTI
SURAH SEORANG ULAMAK
GUA SELALU TERSENYUM KETAWA
BILA MEMBACA SURAT
YANG MENGUTUK TUKAR TIUB
MEREKA ANGGAP
INI AKAN HANCUR MUSNAH
TUKAR TIUB
MEREKA TAK KENAL GUA
MEREKA TAK TAHU APA GUA FIKIR
MEREKA TAK TAHU
APA GUA TAHU
TAPI GUA SERONOK
KERANA SEMUA INI
MENJADIKAN HIDUP
KITA SEMUA MERIAH
KERANA ITU
PERTAMA TAMA
FAHAMI APA YANG NAK DITULIS
KEMUDIAN BARU TULIS
PERTAMA TAMA
FIKIR DULU APA NAK CAKAP
KEMUDIAN BARU BERCAKAP
KUNCI HIDUP INI
IALAH BERPEGANG PADA KEBENARAN
JANGAN AMBIL KIRA
APA ORANG LAIN KATA
PEGANG PADA KEBENARAN
TANPA MENGIRA
APA YANG BERGELUMANG
DISEKELILING KITA
AMIN
SELAMAT BERKHALWAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan