Jumaat, 5 Jun 2020

SIAPA KENA KENA BELI - GUAN ENG






AKAN BERJAYA

KALAU TAK

KENA BELI



Kenyalang bawa berita gembira buat PH?

KUALA LUMPUR- Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membayangkan keyakinan Pakatan Harapan (PH) untuk merampas semula Putrajaya.

Sambil memuat naik sekeping foto burung kenyalang di Twitternya, bekas Menteri Kewangan itu menulis kapsyen “burung kenyalang betul-betul di hadapan mata saya ketika berada di kafe Taman Burung Kuala Lumpur.

“Apakah ini petunjuk yang harapan akan terus bersinar untuk Malaysia Baharu.”

Ciapan tersebut terus mengundang persoalan kepada netizen yang bertanyakan apakah Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menyertai Pakatan Harapan.

Namun begitu, Guan Eng mahu pun mana-mana pemimpin parti berkenaan tidak memberi maklum balas terhadap ciapan berkenaan.

Malam tadi, dalam satu hantaran di Facebook rasmi Presiden PKR, Anwar Ibrahim membayangkan satu perkara besar dan menggembirakan PH akan berlaku tidak lama lagi.

Hantaran yang dikepilkan bersama sekeping gambar Ketua Pembangkang itu sedang duduk berbincang dengan beberapa pemimpin PH termasuk Guan Eng, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.- MalaysiaGazette


TAPI SAPA

NAK JUAL

KEPADA SAPA

KENA TOLAK

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: