Ahad, 14 Jun 2020

TAK CAYA PADA ANWAR





INI BERAT

INI KETUA PARTI

INI PEMIMPIN 

YG TAK CAYA

PADA ANWAR

Saya hilang kepercayaan kepada Anwar – Daroyah

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Dr. Daroyah Alwi meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Wanita Keadilan Pusat berkuatkuasa serta merta kerana sudah hilang kepercayaan kepada  Anwar Ibrahim.

“Setelah berfikir panjang dan menilai perkembangan terkini yang berlaku dalam parti PKR, saya dengan ini membuat keputusan mengumumkan peletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Wanita Keadilan Pusat serta keluar dari parti berkuatkuasa hari ini.

“Saya terkilan dan kecewa kerana yang berjasa telah menjadi korban. Siri terancang pemecatan dan penggantungan anggota terutamanya melibatkan rakan seperjuangan yang lama memperkasa parti dan organisasi dari awal sehingga kini, nyata telah meruntuhkan permuafakatan yang dibina.

“Saya sendiri telah menerima notis tunjuk sebab pada 15 Mei 2020 kerana usaha mempertahankan barisan kepimpinan wanita yang dikenakan tindakan yang tidak adil dan luahan kebimbangan saya mengenai penguruan parti yang sangat kelam kabut juga tidak teratur,” katanya dalam sidang media hari ini.

Turut bersama beliau beberapa anggota Exco Wanita PKR Pusat, Ahli Jawatankuasa PKR dan Wanita Cabang Kapar dan beberapa pemimpin dari sayap parti itu.

Menurut Dr. Daroyah, beliau tidak mahu terlibat atau dikaitkan dalam kancah perebutan kuasa politik, mahupun dalam pembuangan anggota beramai-ramai.

Beliau yang juga Timbalan Speaker Selangor turut meletakkan semua jawatan dipegangnya dalam parti termasuk Ketua Wanita Keadilan Selangor dan Ketua Cabang PKR Kapar.

Dengan peletakan semua jawatan dalam parti itu, beliau mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas.

Menurut Daroyah, pimpinan parti begitu alpa mengenai idealisme perjuangan serta hala tuju parti yang kini lebih membawa kepada perpecahan.

Katanya, PKR sekarang tidak seperti dahulu, yang mana perjuangan parti kini kelihatan bukan lagi untuk agenda reformasi, tetapi untuk mendapatkan kuasa semata-mata.

“Saya percaya, dengan peletakan jawatan ini, saya tidak lagi diheret dengan masalah perebutan kuasa dalam parti.

“Justeru, saya bertekad untuk terus menjalankan tugas dan memberi sepenuh komitmen dalam memberikan perkhidmatan yang lebih efektif kepada masyarakat di kawasan saya sebagai ADUN,” katanya.

Beliau turut menjelaskan, keputusan yang dibuat itu bukan bersendirian sebaliknya dikongsi oleh 13 lagi pimpinan Wanita Keadilan Selangor dan percaya ada lagi akan menyusulnya selepas ini.- MalaysiaGazette


DALAM PARTI

RAMAI TAK CAYA

PADA PRESIDEN

DILUAR PKR

LAGI MENIMBUN

YG TAK CAYA

PADA ANWAR

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: