Isnin, 20 Julai 2020

BERKHALWAT 125







KHALWAT 125
 
SENIN 20/7/2020 
KITA BERKHALWAT MASUK
 KE HARI 125

MALAM TADI 
GUA AMAT RISAU
PANGGILAN TALIPON
DARI KAWAN
BERI TAHU ADA KLUSTER
DI BRICKFEILD

INI WILAYAH GUA
LEPAS PKPP
GUA HAMPIR TIAP MALAM
DATANG MAKAN
KE  WARUNG MELAYU
DI BELAKANG YMCA

KETIKA DI RUMAH
GUA SUSAH NAK TIDUR
NAK TENTERAM
GUA TALIPON KAWAN
SEORANG WARTAWAN
BERTANYA RESTORAN
YANG MANA?

ADUH
DI MALAYSIA INI
PEMBERITAAN TAK LENGKAP
ADA BERPULUH RESTORAN
DI BRICKFEILD
CILAKA  
YANG MANA SATU?

WARTAWAN INI JUGA RISAU
KAMI SELALU DI OLD TOWN
SELALU DI HUSEN
MALAH INI TEMPAT LEPAK GUA
INILAH  BRICKFIELD

' AKU PUN RISAU ...TAPI BUKAN DI HUSEN AKU PUN SELALU KE SANA ...
250 ORANG KLUSTER...'

'DI RESTORAN GHANDI
RESTORAN SAYUR..'

BERITA INI NYAMAN
TAPI GUA MASIH 
TAK TENANG

PAGI INI DI PINTU LIFT
TERSEREMPAK DENGAN
SEORANG LAGI WARTAWAN
YANG TIGGAL DI BLOK YANG SAMA

' GHANDI.. 450..'
ANGKA KLUSTER BERTAMBAH

GUA MASIH 
BELUM TENANG PENUH
WALAU PUN
PAGI INI KUALA LUMPUR CERAH
LANGIT BIRU MENYERLAH
MATA HARI DAH KELUAR
MENJANJIKAN PANAS
HATI GUA MASIH KE BRICKFEILD

OKESTRA UNGGAS
BERLAGU
SAYU SAYU JANTAN BERKOKOK
TERKUKUR PALING CERIA
MENYAMBUT MATAHARI

SATU KUMPULAN PIPIT
SAPERTI KAPAL  TERBANG PERANG
TERSUSUN INDAH
TIDAK TERLANGGAR 
TIDAK BERLANGGAR
 SESAMA SENDIRI

KUMPULAN PIPIT 30 BERLIGAR
MASUK PULA KUMPULAN PIPIT 15
MENJADI KUMPULAN PIPIT 45
KUMPULAN BESAR INI TERBANG
KEMUDIAN PECAH DUA
MEREAK BERPISAH
DENGAN INDAH 
KE KIRI KE KANAN
ADUH!
INDAHYA DUNIA SANG PIPIT

KESUSAHAN 
AKAN JADI INDAH MENARIK
JIKA KITA TERIMA KECELAKAAN ITU DENGAN KEGUMBIRAN 
BUKAN DENGAN PERASAAN 
YANG TAH HARUAN
TAPI  DENGAN MINDA
 YANG GAGAH

KITA INI AMAT KEDEKUT
DALAM HAL BARANG MILIK KITA
TAPI
KITA LANGSUNG TAK KEDEKUT  MEMBAZIRKAN MASA
WALHAL MASA
YANG WAJIB 
KITA KEDEKUTKAN

JALAN HIDUP YANG TEPAT
ADALAH KITA HIDUP NATURAL 
BERSAMA ALAM
MENGHORMATI ALAM
 BUKAN MENUNDUKKAN ALAM
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT




MEMINGAT

1 ulasan:

Unknown berkata...

cara nak tenang ialah layan bini, entot..