Rabu, 1 Julai 2020

CHINA TIPU PEMIMPIN MELAYU






MAHKAMAH

BUKTIKAN

DENGAN SAH 

CHINA TIPU

PEMIMPIN MELAYU


Shahrol setuju penstrukturan semula untuk perdaya Lembaga Pengarah 1MDB

KUALA LUMPUR – Pemeriksaan balas perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas penangguhan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan saksi ke-9, Datuk Shahrol Azral Ibrahim memberikan keterangan.

Shahrol Azral yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB itu telah memberikan keterangan sejak 23 September tahun lepas, hari inimenyambung sesi soal balas berhubung penyewelengan dana sebanyak RM2.3 billion yang dihadapi oleh  Najib.

Najib, 67, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Saksi yang terus menyambung sesi soal balas dengan peguam bela, Muhammad Shafee Abdullah, pada satu masa ditempelak kerana asyik berkata tidak tahu atau enggan komen.

Shahrol Azral juga berterusan menuding jari kepada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dan peguam 1MDB iaitu Jasmine Loo Ai Swan, juga telah melarikan diri.

Shafee yang kelihatan hilang sabar melahirkan rasa hairan siapakah sebenarnya CEO 1MDB, adakah Jho Low atau Jasmine Loo kerana jawapan Shahrol menunjukan beliau seolah-olah tidak tahu apa-apa yang berlaku di sekelilignya.

Sebaliknya Shahrol lebih banyak menurut perintah dan bersetuju dengan apa sahaja daripada Jho Low dengan anggapan itu adalah arahan Najib.

Shafee: Saya sebenarnya keliru di sini. Siapa sebenarnya CEO 1MDB? Anda atau Jasmine? Tolong terangkan.

Shahrol: Saya bertindak atas nasihat Jasmine Loo. Dia yang sebenarnya dipertanggungjawabkan dengan penstrukturan semula.

Shafee: Bukankah anda CEO? Ketua Pengurusan? Saya katakan anda dan Jho Low sebenarnya merancang pelan pelaburan? Setuju dengan kata-kata saya?

Shahrol: Tidak setuju.

Shafee: Tidak setuju? Saya katakan kepada kamu bahawa kamu tidaklah begitu naif mahupun cuai. Usaha ini adalah pelan kamu dan Jho Low.

Shahrol: Tidak setuju langsung.

Sebentar tadi ketika soal balas di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah, Shahrol bersetuju penstrukturan semula usaha sama syarikat itu dengan Petrosaudi International (PSI) bertujuan untuk memperdaya Lembaga Pengarah 1MDB.

Selain itu, Shahrol juga mendakwa Jasmine Loo sebenarnya dengan sengaja mengelirukan Lembaga Pengarah 1MDB berhubung pembelian 49 peratus pegangan dalam PetroSaudi Oil Services Ltd (PSOL) pada 2012.

Dakwa Shahrol, Jasmine Loo sebenarnya sengaja memperincikan ekuiti dengan cara ‘berbelit-belit’ bagi memastikan semua Lembaga Pengarah keliru.

Dalam urus niaga usaha sama itu, 1MDB telah memindahkan sejumlah AS$1.83 bilion ke sebuah entiti yang kemudian harinya didapati sebenarnya sebuah syarikat palsu.

Jumlah yang dimasukkan antara September 2009 dan Oktober 2011 itu dibuat ke syarikat yang dikawal oleh Jho Low atau sekutunya, CEO PSI Tarek Obaid.

Ketika ditanya adakah Shahrol turut sama bersuhabat dengan Jasmine Loo, dengan serta-merta Shahrol menidakkan perkara tersebut dan hanya mendakwa dirinya mengikut arahan serta nasihat sahaja.

Perbicaraan masih lagi sedang berlangsung ketika ini. –MalaysiaGazette


BAGAIMANA

PRESIDEN PARTI

KETUANAN MELAYU

BOLEH KENA TIPU

OLEH DUA EKOR

CHINA

PATUTLAH 

TANAH MELAYU

TERGADAI PADA

CHINA MERAH

KHALAS

Tiada ulasan: