Jumaat, 10 Julai 2020

GADUH BAHAYA




INI GADUH

BAHAYA PADA

MUHYIDDIN

JENG JENG JENG


Bila saya minta Abdul Latiff berjumpa?


KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Asyraf Wajdi tidak pernah meminta Dr Abdul Latiff Ahmad menemuinya berhubung kenyataan Menteri Pembangunan Luar Bandar itu yang memperlekeh UMNO baru-baru ini.

Sebaliknya Asyraf Wajdi hanya mendesak Abdul Latiff meletakkan jawatan sebagai menteri Kabinet dan mengosongkan kerusi Parlimen Mersing yang dimenanginya atas tiket Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

“Oh ya ka! Bila saya minta untuk berjumpa? Yang saya tuntut YB kena letak jawatan. Mersing dikembalikan kepada UMNO,” katanya dalam hantaran terbaru di Facebook miliknya semalam.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Latiff semalam yang enggan melayan permintaan Asyraf Wajdi bagi memberi penjelasan mengenai kenyataannya secara terbuka dengan mengatakan UMNO tidak laku di Sabah.

Sebelum itu, kenyataan beliau tentang UMNO Sabah sudah tidak laku kerana ramai ahlinya yang telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meniadi kontroversi termasuk sesama parti dalam Perikatan Nasional.

Rabu lalu, Asyraf Wajdi menggesa agar Ahli Parlimen Mersing itu meletakkan jawatan susulan kenyataannya bahawa parti itu ‘tidak laku’ di Sabah.

Beliau berkata Pergerakan Pemuda UMNO memandang serius kenyataan Abdul Latiff yang dibuat dalam sebuah forum baru-baru ini sebagai biadap dan angkuh.-

JIKA 

GEROMBOLAN

TARIK SOKONGAN

MAKA KERJANAN

MUHYIDDIN AKAN

RUNTUH

JENG JENG JENG

Tiada ulasan: