BILA KERAJAAN
RUNTUH RAMAI
PENYAMUN
CUBA TUKAR
KIBLAT
AMIN
PENYAMUN
MULA
MENYAMAR
JADI TOK IMAM
Deepak dakwa Rosmah
curi duit beliau
Pengarah Carpet Raya Sdn Bhd, JR Deepak Jaikishan mendakwa Rosmah Mansor dan Najib Razak telah bersubahat mencuri duitnya berhubung satu perjanjian harta tanah sehingga menyebabkan kerugian besar yang terpaksa ditanggung syarikatnya.
Deepak berkata, sekiranya mereka tidak mencuri duit tersebut, Najib dan Rosmah tidak seharusnya meminta agar hakim mengeluarkan kes berkenaan dari perbicaraan mahkamah.
“Rosmah telah mencuri duit saya. Tolong kembalikan duit saya dan tanah saya. Kalau Najib dan Rosmah tidak mencuri, maka jangan cuba ‘strike out’ lagi kes-kes saya.
“Biar semua bukti dipamerkan di Mahkamah sama seperti kes MACC hari ini. Biar bukti semua terbuka.
“Saya pasti rakyat Malaysia semua ingin tahu bagaimana Rosmah telah mencuri dan tidak mahu kembalikan duit dan tanah saya,” katanya kepada pemberita hari ini.
Terdahulu, Deepak memfailkan saman pada 12 Oktober 2018, dengan mendakwa bahawa dia telah mengalami kerugian akibat konspirasi, penipuan dan pengaruh yang tidak wajar oleh defendan dalam perjanjian harta tanah yang didakwa menyebabkan syarikatnya mengalami kerugian besar.
Dia mendakwa, sebagai pengarah dan pemegang saham majoriti Astacanggih Sdn Bhd, dia telah menandatangani perjanjian tanah dengan seorang pengarah dan pemegang saham majoriti Awan Megah (M) Sdn Bhd, Raja Ropiaah Raja Abdullah, melibatkan tiga tanah seluas 181.9 hektar di Mukim Kapar, Klang dan Mukim Bukit Raja di daerah Petaling.
Bagaimanapun, hari ini Mahkamah Tinggi menolak saman tersebut dan membenarkan permohonan Najib, Rosmah, Boustead Holdings Bhd dan anak syarikatnya Bakti Wira Development Sdn Bhd untuk membatalkan saman sivil yang difailkan Deepak.
Peguam Datuk David Mathews, yang mewakili Najib dan Rosmah, memberitahu wartawan bahawa Pesuruhjaya Kehakiman Quay Chew Soon membuat keputusan itu setelah mendengar permohonan mengeluarkan kes berkenaan.
Mathews berkata mahkamah membenarkan permohonan defendan dengan alasan Deepak tidak mempunyai hak untuk menuntut kerugian yang disebutkan dalam samannya dan bahawa pernyataan tuntutan itu tidak menyatakan sebab tindakan yang munasabah.
“ Najib jangan risau. Saya akan lawan sehingga tanah dan duit yang dicuri Rosmah dikembalikan kepada saya.
“Kalau memang tak curi duit saya, kenapa tak mahu berhadapan dengan saya di Mahkamah,” kata Deepak lagi.
IKUT KANUN
KERAJAAN
MELAYU MELAKA
PENCURI WAJIB
DISULA DAN
RAMPAS HARTA
PULANGKAN PADA
RAKYAT
AMIN
1 ulasan:
Hidup Rosie, Dahulukan Rosie! Hahaha.
Catat Ulasan