Sabtu, 25 Julai 2020

PELANCARAN DAYA





UCAPAN TUKAR TIUB 
DI PELANCARAN  DAYA
SABTU 25/7/2020
JAM 2.30 PETANG
DEWAN SIVIK MPPJ
PETALING JAYA

Puan Pengerusi yang saya hormati
Saudara saudari para aktivis dari  pelbagai NGO
Saudara saudari aktivis parti politik
Saudara saudari pemimpin parti politik
Saudara saudari Yang Berhormat
Saudara saudari NGI 
dan kawan kawan  
Selamat Bersama merayakan pelancaran DAYA.

Terima kaseh kepada Jawatan Kuasa Pemandu  DAYA  kerana memberikan saya ruang berucap pada   hari yang bersejarah ini.

Kita berusaha BERDAYA berkumpul hari ini dalam suasana yang amat amat berlainan.  Awal tahun dahulu kita semua yang berada dalam dewan ini saya rasa  majoritinya adalah penyokong kerajaan Pakatan Harapan. Aktivis sosial, pemimpin dari parti politik PKR, DAP dan Amanah – semuanya penyokong tegar Pakatan Harapan.

Kini semua  telah berubah.   Perubahan berlaku kerana pada awal tahun ini  kita dilangar oleh dua  virus.

Virus  pertama ialah Virus Crown  Karona.  Virus kedua  ialah virus  Crown Perdana Menteri.  Virus Karona menjerut nyawa warga dunia.  Virus Perdana Menteri menjerut  nyawa Kerajaaan Pakatan  Harapan.  Virus  pertama meledakkan  pandemic Cobid-19 kepada dunia. Virus kedua meledakan Pakatan Harapan  membawa pandemic kekalutan dan kekusutan politik ke Malaysia. 

Kedua dua  virus ini  adalah pembawa  new normal – norma kehidupan  baru yang wajib kita jalani.

Dua virus inilah yang menjadi pemangkin kelahiran DAYA. NGO DAYA  bertelor , mengeram  dan menetas dalam reban Virus Karona . NGO DAYA  dieram dalam  kandang dan suhu panas Virus Perdana Menteri.

Mari kita lihat kembali pada 9 Mei 2019 dimana kita semua  menyambut kemenangan Pakatan Harapan. Seluruh alam mengalu-alukan kejayaan kita. Dunia memberi penghormtan. Tak sudah sudah kita tersenyum.

Tup Tup. Pada 24  Febuari 2020 kita menyaksikan kerutuhan Pakatan Harapan. Segala niat, segala  cita cita , segala akidah, segala harapan, segala nawaitu untuk melakukan perubahan  struktural  runtuh, punah gagal berkecai. 

Perjalanan sejarah menyaksikan bagaimana keberahian kepada  kerusi   Perdana Menteri telah meruntuhkan sebuah kerajaan.

Ketika Pakatan Harapan runtuh ketika ini juga  masuk  Virus Karona melanggar kita dan  mengancam dunia.

Ini hakikat. Ini fakta sejarah.

Ahli sejarah 100 tahun dari petang ini akan melihat kembali  apa yang  telah berlaku. Detik dan babak-babak  tahun 2020 – tahun   yang dijanjikan sebagai Tahun Malaysia Boleh -  akan dibaca sebagai komidi seram lagi sedih – trajic horror comedy – genre yang hanya lahir dari Malaysia.   Melihat bagaimana kemenangan rakyat pada  9 Mei 2019 telah dibajak oleh keberahian virus Perdana Menteri. 

Kita yang duduk dalam dewan ini hari ini wajib  mengumpul pengalaman. Kita wajib belajar dari kesilapan. Kita jangan lagi senang diperangkap oleh sosok-sosok  yang berjubah dan berwirid. Sosok sosok yang penuh retorik  dengan topeng agama. 

Keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan ini  sedang  dibayar harganya dengan bagitu mahal sekali. Kita lah – kitalah – anak semua bangsa – bangsa semua agama – warga Malaysia  yang membayar harga keruntuhan kerajaan Pakatan  Harapan. Harganya mahal sekali.

Atas Robohan Kota Melaka
Kita dirikan jiwa Merdeka
Atas keruntuhan Pakatan Harapan
Kita dirikan Gerakan Daya

Ngo DAYA ini adalah benang merah benang hijau benang patriot benang cintakan kebenaran dan benang keadilan – BEANG DAYA  menyambung perjuangan datuk nenek moyang kita dahulu.  Dari Tok Gajah, ke Mat Kilau, ke Datuk Bahaman, ke Tok Janggut hingga ke  Raja Haji Pahlawan Terbilang.  Dari  Maharaja Lela ke Boestamam , ke  Burhanuddin , ke Shamsiah Fakeh, ke Rashid Myadin, Ke Chin Peng ke  Ganapathy.  Anak semua bangsa bangsa semua agama. Inilah  DAYA kita.

Generasi hari ini dan generasi masa hadapan  tidak ada pilihan. Mereka wajib bangun menyusun  dan mendirikan  tembok politik, tembok ekonomi dan tembok budaya  untuk berhadapan dengan masa depan  pastinya lebih mencabar.

Datanglah virus apa sekali pun. Rakyat akan  tetap  bangun melawan. 

Bukan sahaja DAYA wajib memahami dan merungkai politik dalam negara – politik Malaysia dan politik ASEAN tetapi DAYA  juga wajib siap siaga dengan   pandangan dan garis politik yang tepat  untuk berhadapan dengan politik dan tingkah laku Tanah Besar China.

Pengalaman negara di benua  Amerika Latin wajib dipelajari. Lihat dan pelajari  bagaimana  Amerika Sarekat telah menjadikan  negara negara Amerika Latin sebagai tanah simpanan ladang pisang. DAYA usaha kita ialah akan menentang  sesiapa sahaja  yang ingin mejadikan Malaysia sebagai   ladang  durian  atau  ladang manggis.  DAYA  dan NGO negara negara  ASEAN  wajib menjalinkan kerjasama untuk  berhadapan dengan Tanah Besar China.

Awas dan waspada Lautan Sunda akan menjadi pentas perang. Pada petang ini saya beri ingatan dalam memahami politik hari ini jangan sesekali lupa kepada  kesah lama  - babak pembelotan Sang Rajuna Tapa membuka pintu kota untuk  musuh masuk menyerang.

Saya yakin DAYA  akan bertemu dengan Sang Rajuna Tapa  baru  yang akan membuka bukan pintu Istana tetapi pintu negara untuk  berjuta juta musuh meloroh masuk. Amin 

DAYA  lahir dalam zaman  Karona .  Ertinya DAYA wajib  mendidik kita semua untuk memahami apa makna  dan apa tanda dan apa garis perjuangan Pasca Kobid.

Walau pun serangan Kobid ini belum selesai tetapi kita semua wajib memahami dan menyediakan diri. Kita wajib sedar akan keruntuhan sistem ekonomi yang sedia wujud.  Sistem ekonomi kapitalis  Amerika dengan sistem  kesehatan swasta telah terbuktik gagal melawan Kobid.  

Dalam masa yang sama puluhan juta warga dunia hilang pekerjaan. Dalam negara kita kebanjiran pendatang asing yang halal dan haram – yang ada kerja dan yang tak ada kerja – semua  wajib kita hadapi dengan garis  kemanusian yang tepat. Kobid membuka  pelbagai masaalah dalam masa yang sama Kobid juga membuka pelbagai kemungkinan.

Kobid mencabar kemanusiaan kita. 

Tugas suci DAYA ialah  memberi pencerahan pasca Kobid. Ini tugas mulia DAYA.

Selain menyambung  tradisi  gerak aksi BERSIH  DAYA juga wajib melahirkan pemikir, intelektul rakyat ,  dengan membuka analisa  yang membawa pencerahan. Semua ini untuk bersiap sedia berhadapan dengan zaman pasca Kobid.

Saya beharap  jangan kita ulangi  ayat bahawa  DAYA ini  sebuah NGO multi racial. Untuk saya lebih tepat DAYA wajib dikenali sebagai NGO milik anak semua bangsa dan bangsa semua agama. Untuk memahami kenapa ayat anak semua bangsa  selalu saya guna pakai  kerana inilah daya usaha saya untuk membuka perbualan   tentang ajenda  PERSOLAN NASIONAL yang masih belum selesai.  

Persoalan nasional ini juga  saya harap akan menjadi projek DAYA.

Saya ulangi sekali lagi: 
Atas Robohan Kota Melaka
Kita dirikan jiwa Merdeka
Atas keruntuhan Pakatan Harapan
Kita dirikan Gerakan Daya

Kepada Ahli Pemandu DAYA saya ucapkan Selamat menyusun. Kepada kawan-kawan yang dalam dewan dan diluar dewan saya  ucapkan selamat BERDAYA.

Terima Kasih







2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kahkahkah berjela-jela ucapan sakai jelebu ni, oit! sakai! apasal takde perkataan JUSTERU?

Tanpa Nama berkata...

Tu je kah kah kah kah....tanya mahathir ngapa di resign....ngapa tak serah je kt nuar. Mahathir pun kena game yiddin Sama gak dgn kau kena game jimin...mmg niat mahathir taknnak nuar jd pi em...takyah guna simiotik, mantiq bagai...mudah nak paham...tapi tapi tapi aku lebai keciankan kau...ngaku hebat dlm ulasan politik tapi kena game jimin. Kurang plak aku baca kau kutuk kjaan pintu blakang ni....ye le kau pun ada tlg gak kan.... wakakaka. guan eng kata jimin jual aset syarikat milik negara....kau opssss kah kah kah