UCAPAN TUKAR TIUB
DI PELANCARAN DAYA
SABTU 25/7/2020
JAM 2.30 PETANG
JAM 2.30 PETANG
DEWAN SIVIK MPPJ
Puan Pengerusi yang saya hormati
Saudara saudari para aktivis dari pelbagai NGO
Saudara saudari aktivis parti politik
Saudara saudari pemimpin parti politik
Saudara saudari Yang Berhormat
Saudara saudari NGI
dan kawan kawan
Selamat Bersama merayakan pelancaran DAYA.
Terima kaseh kepada Jawatan Kuasa Pemandu DAYA kerana memberikan saya ruang berucap pada hari yang bersejarah ini.
Kita berusaha BERDAYA berkumpul hari ini dalam suasana yang amat amat berlainan. Awal tahun dahulu kita semua yang berada dalam dewan ini saya rasa majoritinya adalah penyokong kerajaan Pakatan Harapan. Aktivis sosial, pemimpin dari parti politik PKR, DAP dan Amanah – semuanya penyokong tegar Pakatan Harapan.
Kini semua telah berubah. Perubahan berlaku kerana pada awal tahun ini kita dilangar oleh dua virus.
Virus pertama ialah Virus Crown Karona. Virus kedua ialah virus Crown Perdana Menteri. Virus Karona menjerut nyawa warga dunia. Virus Perdana Menteri menjerut nyawa Kerajaaan Pakatan Harapan. Virus pertama meledakkan pandemic Cobid-19 kepada dunia. Virus kedua meledakan Pakatan Harapan membawa pandemic kekalutan dan kekusutan politik ke Malaysia.
Kedua dua virus ini adalah pembawa new normal – norma kehidupan baru yang wajib kita jalani.
Dua virus inilah yang menjadi pemangkin kelahiran DAYA. NGO DAYA bertelor , mengeram dan menetas dalam reban Virus Karona . NGO DAYA dieram dalam kandang dan suhu panas Virus Perdana Menteri.
Mari kita lihat kembali pada 9 Mei 2019 dimana kita semua menyambut kemenangan Pakatan Harapan. Seluruh alam mengalu-alukan kejayaan kita. Dunia memberi penghormtan. Tak sudah sudah kita tersenyum.
Tup Tup. Pada 24 Febuari 2020 kita menyaksikan kerutuhan Pakatan Harapan. Segala niat, segala cita cita , segala akidah, segala harapan, segala nawaitu untuk melakukan perubahan struktural runtuh, punah gagal berkecai.
Perjalanan sejarah menyaksikan bagaimana keberahian kepada kerusi Perdana Menteri telah meruntuhkan sebuah kerajaan.
Ketika Pakatan Harapan runtuh ketika ini juga masuk Virus Karona melanggar kita dan mengancam dunia.
Ini hakikat. Ini fakta sejarah.
Ahli sejarah 100 tahun dari petang ini akan melihat kembali apa yang telah berlaku. Detik dan babak-babak tahun 2020 – tahun yang dijanjikan sebagai Tahun Malaysia Boleh - akan dibaca sebagai komidi seram lagi sedih – trajic horror comedy – genre yang hanya lahir dari Malaysia. Melihat bagaimana kemenangan rakyat pada 9 Mei 2019 telah dibajak oleh keberahian virus Perdana Menteri.
Kita yang duduk dalam dewan ini hari ini wajib mengumpul pengalaman. Kita wajib belajar dari kesilapan. Kita jangan lagi senang diperangkap oleh sosok-sosok yang berjubah dan berwirid. Sosok sosok yang penuh retorik dengan topeng agama.
Keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan ini sedang dibayar harganya dengan bagitu mahal sekali. Kita lah – kitalah – anak semua bangsa – bangsa semua agama – warga Malaysia yang membayar harga keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan. Harganya mahal sekali.
Atas Robohan Kota Melaka
Kita dirikan jiwa Merdeka
Atas keruntuhan Pakatan Harapan
Kita dirikan Gerakan Daya
Ngo DAYA ini adalah benang merah benang hijau benang patriot benang cintakan kebenaran dan benang keadilan – BEANG DAYA menyambung perjuangan datuk nenek moyang kita dahulu. Dari Tok Gajah, ke Mat Kilau, ke Datuk Bahaman, ke Tok Janggut hingga ke Raja Haji Pahlawan Terbilang. Dari Maharaja Lela ke Boestamam , ke Burhanuddin , ke Shamsiah Fakeh, ke Rashid Myadin, Ke Chin Peng ke Ganapathy. Anak semua bangsa bangsa semua agama. Inilah DAYA kita.
Generasi hari ini dan generasi masa hadapan tidak ada pilihan. Mereka wajib bangun menyusun dan mendirikan tembok politik, tembok ekonomi dan tembok budaya untuk berhadapan dengan masa depan pastinya lebih mencabar.
Datanglah virus apa sekali pun. Rakyat akan tetap bangun melawan.
Bukan sahaja DAYA wajib memahami dan merungkai politik dalam negara – politik Malaysia dan politik ASEAN tetapi DAYA juga wajib siap siaga dengan pandangan dan garis politik yang tepat untuk berhadapan dengan politik dan tingkah laku Tanah Besar China.
Pengalaman negara di benua Amerika Latin wajib dipelajari. Lihat dan pelajari bagaimana Amerika Sarekat telah menjadikan negara negara Amerika Latin sebagai tanah simpanan ladang pisang. DAYA usaha kita ialah akan menentang sesiapa sahaja yang ingin mejadikan Malaysia sebagai ladang durian atau ladang manggis. DAYA dan NGO negara negara ASEAN wajib menjalinkan kerjasama untuk berhadapan dengan Tanah Besar China.
Awas dan waspada Lautan Sunda akan menjadi pentas perang. Pada petang ini saya beri ingatan dalam memahami politik hari ini jangan sesekali lupa kepada kesah lama - babak pembelotan Sang Rajuna Tapa membuka pintu kota untuk musuh masuk menyerang.
Saya yakin DAYA akan bertemu dengan Sang Rajuna Tapa baru yang akan membuka bukan pintu Istana tetapi pintu negara untuk berjuta juta musuh meloroh masuk. Amin
DAYA lahir dalam zaman Karona . Ertinya DAYA wajib mendidik kita semua untuk memahami apa makna dan apa tanda dan apa garis perjuangan Pasca Kobid.
Walau pun serangan Kobid ini belum selesai tetapi kita semua wajib memahami dan menyediakan diri. Kita wajib sedar akan keruntuhan sistem ekonomi yang sedia wujud. Sistem ekonomi kapitalis Amerika dengan sistem kesehatan swasta telah terbuktik gagal melawan Kobid.
Dalam masa yang sama puluhan juta warga dunia hilang pekerjaan. Dalam negara kita kebanjiran pendatang asing yang halal dan haram – yang ada kerja dan yang tak ada kerja – semua wajib kita hadapi dengan garis kemanusian yang tepat. Kobid membuka pelbagai masaalah dalam masa yang sama Kobid juga membuka pelbagai kemungkinan.
Kobid mencabar kemanusiaan kita.
Tugas suci DAYA ialah memberi pencerahan pasca Kobid. Ini tugas mulia DAYA.
Selain menyambung tradisi gerak aksi BERSIH DAYA juga wajib melahirkan pemikir, intelektul rakyat , dengan membuka analisa yang membawa pencerahan. Semua ini untuk bersiap sedia berhadapan dengan zaman pasca Kobid.
Saya beharap jangan kita ulangi ayat bahawa DAYA ini sebuah NGO multi racial. Untuk saya lebih tepat DAYA wajib dikenali sebagai NGO milik anak semua bangsa dan bangsa semua agama. Untuk memahami kenapa ayat anak semua bangsa selalu saya guna pakai kerana inilah daya usaha saya untuk membuka perbualan tentang ajenda PERSOLAN NASIONAL yang masih belum selesai.
Persoalan nasional ini juga saya harap akan menjadi projek DAYA.
Saya ulangi sekali lagi:
Atas Robohan Kota Melaka
Kita dirikan jiwa Merdeka
Atas keruntuhan Pakatan Harapan
Kita dirikan Gerakan Daya
Kepada Ahli Pemandu DAYA saya ucapkan Selamat menyusun. Kepada kawan-kawan yang dalam dewan dan diluar dewan saya ucapkan selamat BERDAYA.
Terima Kasih
2 ulasan:
kahkahkah berjela-jela ucapan sakai jelebu ni, oit! sakai! apasal takde perkataan JUSTERU?
Tu je kah kah kah kah....tanya mahathir ngapa di resign....ngapa tak serah je kt nuar. Mahathir pun kena game yiddin Sama gak dgn kau kena game jimin...mmg niat mahathir taknnak nuar jd pi em...takyah guna simiotik, mantiq bagai...mudah nak paham...tapi tapi tapi aku lebai keciankan kau...ngaku hebat dlm ulasan politik tapi kena game jimin. Kurang plak aku baca kau kutuk kjaan pintu blakang ni....ye le kau pun ada tlg gak kan.... wakakaka. guan eng kata jimin jual aset syarikat milik negara....kau opssss kah kah kah
Catat Ulasan