Sabtu, 15 Ogos 2020

BEKHALWAT 151






KHALWAT 151
HARI INI SABTU 15/8/2020
KITA MASUK KE HARI 151
BERKHALWAT

BERITA KURANG BAIK
KEDAH YANG DULUNYA
BEBAS DARI KOBID
TETIBA SEKARANG
ADA DUA KLUSTER
KLUSTER NASI KANDAR SALEH
DAN 
YANG BARU 
KLUSTER MUDA

PAGI INI HOKKIEN
CERAH SEGAR BERSIH
HUJAN KELMARIN
MEMBAWA UDARA SEGAR
MATAHARI DAH KELUAR

SIMPONI CENGERIK
TAK KUAT
TERKUKUR SEKALI SEKALA
DARI ATAS POKOK TERAP
TERDENGAR
SUARA BURUNG  KUAT 
HUUU WEEET HUUU WEET
DISAMBUT
WIEEEET WIEEET WIEEET
TERNAMPAK
SOSOK MEREKA MEMANG BESAR

PIPIT AMAT KURANG
KUMPULAN KECIL
TAK SAMPAI SEPULUH EKOR
APAKAH SEMUA
DAH KENA JARING
DAN SEKARANG DUDUK
DI KEDAI BINATANG PILIHARAAN

JIWA YANG TENTERMAN
BUKAN HASIL KEPANDAIAN
TAPI
MENUNJUK DEWASA FIKRAH
JANGAN BONGKAK
JANGAN ANGKUH

BILA KITA TAK DAPAT
LAGI MENGUBAH KEADAAN
MAKA
MASANYA SAMPAI
UNTUK KITA MENGUBAH DIRI

GAMIN BOLEH AMBIL
SEMUA HAK KITA
TAPI
ADA SATU
MUSTAHIL DAPAT DIAMBIL
INI IALAH
HAK KITA UNTUK TERUS
BEBAS MEMILIH SIKAP
UNTUK KITA 
MEMILIH CARA KITA

JANGAN SEGAN
JANGAN MALU
UNTUK MENANGIS
MENANGIS INI TANDA
KEBERANIAN

KEBERANIAN KITA
UNTUK 
MENGHADAPI SANGSARA

SANGSARA
TAK JADI SANGSARA
BILA KITA TEMUI MAKNANYA

HIDUP INI JADI SANGSARA
BUKAN KERANA
KEADAAN SEKELILING
HIDUP JADI SANGSARA
KERANA HIDUP
TANPA MAKNA DAN TUJUAN

JALANI HIDUP
SEBAGAI KALI KEDUA
KALI PERTAMA KITA
BUAT BANYAK SILAP
KALI KEDUA INI
INGATI KESILPAN ITU

ENJOY DE MENJOY
HARI INI
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan: