Sabtu, 8 Ogos 2020

BELUM BERDAFTAR DAH BUAT GEMPA






HEBAT BETUL

BELUM APA APA

DAH BUAT

GEMPA POLITIK

AMIN


Dua lagi pemimpin Bersatu keluar parti, sokong Dr Mahathir

DUA lagi pemimpin Bersatu mengumumkan keluar parti untuk menyertai parti baharu yang ditubuhkan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Tariq Ismail Mustafa dan juga Adun Jeram di Selangor, Shaid Rosli bertindak demikian kerana tidak percaya dengan kepemimpinan presiden, Muhyiddin Yassin.

Tariq menjelaskan tindakan menyertai parti berkenaan dibuat demi “perjuangan yang bermaruah”.

“Bagi saya secara peribadi, arah tuju ini harus mengharungi jalan yang berliku dan berduri, seiring dengan perjuangan yang bermaruah,” katanya.

Dalam kenyataannya, Tariq menjelaskan apa sahaja tujuan tidak boleh menghalalkan cara dalam memimpin negara.

“Di atas dasar ini, dan sejajar keperibadian saya, saya dengan ini meletak jawatan sebagai ahli Bersatu berkuatkuasa serta-merta,” katanya.

Shaid pula dalam pengumuman di Facebook menyatakan sebahagian besar daripada anggota jawatankuasa bahagian Kuala Selangor dan sebanyak 13 cawangan juga menyokong Dr Mahathir.

“Kini kita dapati parti (Bersatu) ini sanggup bekerjasama dengan individu-individu yang ditolak rakyat ketika PRU yang lepas.

“Kami juga merasakan presiden Bersatu menjadi salah satu punca yang menyebabkan (kita) kehilangan mandat.

“Atas sebab-sebab tersebut.Saya bersama jawatankuasa bahagian, ketua-ketua cawangan dan majoriti ahli Bersatu Kuala Selangor mengambil keputusan untuk keluar dari Bersatu pada 8 Ogos 2020,” tegas beliau.

A Kadir Jasin, juga ahli MPT Bersatu turut keluar parti pada Khamis, sehari sebelum Dr Mahathir mengumumkan penubuhan parti baharu. – 8 Ogos, 2020.


APAKAH PARTI

INI BERJAYA

DIDAFTAR

ATAU KENA

SABOTAJ

TENGAH JALAN

KITA NANTI

DAN LIHAT

AMIN

Tiada ulasan: