Ahad, 16 Ogos 2020

BERKHALWAT 152





KHALWAT 152
 
HARI INI AHAD 16/8/2020
KITA MASUK KE HARI 152
BERKHALWAT

152 
INI ANGKA KERAMAT
INI ANGKA KERANDA 152
SIMBOL
GERAKAN AKTIVIS
BAHASA MELAYU

KEADAAN PKPP 
MASIH BELUM MENENTU
KLUSTER BARU
MUNCUL
HAKIKATYA DUNIA MASIH
BELUM TENTERAM

GAYA HIDUP 2019
KINI TINGGAL INGATAN
APAKAH  GAYA HIDUP INI
AKAN DAPAT KITA ULANGI
SATU SOALAN TANPA JAWAPAN
PADA TAHAP PAGI INI

DILUAR KETIKA GUA MENGETIK
HUJAN LEBAT TURUN
GUA TIDAK KE HOKKIEN

EZI MENJALAR 
DIBAWAH MEJA GUA
TAK TAK  MENJALAR 
DIBELAKANG KERUSI
DUA DUA SEDANG SEJUK
GUA RASA MEREKA SEDAR
DI LUAR HUJAN LEBAT

KESIAN
TAK KENCING
TAK BERAK

GUA MERANCANG  HARI INI
AKAN MEMBALING
SEMUA BIJI BIJI BUAH
YANG ADA TERSIMPAN
BIJI DURIAN
BIJI CHEMPEDAK
BIJI AVOKADO
DAN PALING BARU
BIJI BUAH NONA

GUA AKAN BALINGKAN
KE DALAM BELUKAR TEPI HUTAN
MENANAM CARA LIAR
SAPA KUAT SAPA HIDUP
ENAM BATANG POKOK DURIAN
DAH MENINGGI

GUA DAH BERJAYA

WILAYAH YANG GUA TANAM INI
DI TEPI PAGAR
SEBELAH LUAR 
BLOK LE CHATEAU

GUA TANAM 
HAMPIR DENGAN PAGAR
KERANA
JIKA ADA PROJEK NANTI
GUA RASA POKOK POKOK INI
AKAN SELAMAT
AMIN

APA YANG BUKAN MILIK KITA
BIARKAN DIANYA PERGI
UNTUK JANGKA PANJANG
IANYA AKAN MEMBAWA
KETENTERAMAN JIWA

FIKRAH YANG BERDISPLIN
AKAN MEMBAWA KEBAHAGIAN
DARI JIWA YANG SEDIH
AKAN MUNCUL
KEGUMBIRAN

APA PUN INTAN BERLIAN
KEKAYAAN YANG DIPUNYAI
DALAM DUNIA INI
TIDAK DAPAT DIBANDINGKAN
DENGAN
KESEDARAN 
YANG SAMPAI

KITA TIDAK AKAN 
RESAH GELISAH
JIKA FIKRAH KITA 
KOSONG DARI KEBERAHIAN

PEMBAWA AIR
MENYIRAM POKOK
TUKANG KAYU 
MENGETAM PAPAN
PEMBUAT PANAH
MENEGANG TALI
SOSOK BIJAK
MENGUASI DIRI

MANA SOSOK 
YANG MELAKUKAN
KEBAIKAN
BIARKAN DIA MELAKUKAN
BERKALI KALI
BIAR DIA MERASA NIKMAT
MEMBUAT BAIK
MENGUMPUL KEBAIKKAN

KEBENCIAN TIDAK AKAN 
DAPAT DI KALAH
DENGAN KEBENCIAN
HANYA BOLEH DITEWAS
DENGAN PENCERAHAN

YAKINLAH
APA YANG NAIK
PASTI AKAN TURUN
INI HUKUM ALAM
AMIN 

SELAMAT BERKHALWAT

( DI LUAR HUJAN MASIH TURUN )

Tiada ulasan: