Sabtu, 22 Ogos 2020

BERKHALWAT 158







KHALWAT 158
SABTU 22/8/2020
KITA MASUK KE HARI 158
BERKHALWAT

CUTI HUJUNG MINGGU
RAMAI AMBIL CUTI PANJNAG
PKPP MASIH BERJALAN
KLUSTER DITUMPAS
KLUSTER BARU MUNCUL
MAT KOBID MASIH MENYERANG

DI AMERIKA EROPAH BRAZIL
AUSTRALIA INDIA DAN BENUA AFRIKA
MAT KOBID GANAS

PAGI INI GUA MASUK HOKKIEN
MELIHAT KUALA LUMPUR
KELAM
MATAHARI TAK MUNCUL
GUA RASA MACAM MUSIM
RUNTUK DI EROPAH

SIMPONI CENKERIK AKTIF
KIRI KANAN JALAN
BUNYI TERKUKUR KUAT
KUMPULAN KECIL PIPIT
TAK SAMPAI 10 EKOR
KE HULU KE HILIR
MANA YANG LAIN?

TWEEET TWEEET TWEEET
SAPA TAHU INI
SUARA SIAPA?
PAGI INI SUARA TWEEET
AMAT KUAT DAN MENGHIBUR

ADA YANG MENGAKUI
TIDAK UPAYA
ADA YANG MENGAKU
ADA UPAYA
DUA DUA BETUL

JIKA KITA PRIHATIN
JIWA  KITA TERUSIK
BUKAN KITA JADI MURUNG
TAPI LAKUKAN SESUATU
KITA TIDAK BEBAS MERDEKA
JIKA TAK DAPAT
MENGAWAL DIRI

CUBA UJI DIRI
BEBERAPA HARI KITA MAKAN
MAKANAN BIASA  TAK ENAK
BUKAN SAJA MAKANAN  BIASA
TAPI 
MAKANAN TAK CUKUP
BALUT BADAN DENGAN
PAKAIAN COMOT
KEMUDIAN TANYA DIRI
APAKAH INI PEKARANYA
YANG KITA TAKUTI

JANGAN PUTAR KIRI
JANGAN PUTAR KANAN
JANGAN BERSILAT LIDAH
BERLAKU JUJUR ADIL
NYATAKAN APA  YANG SABENAR 

WATAK KITA INI
ADALAH 
ARAH TUJU KITA

KALAU NAK RUNTUHKAN GUNUNG
KITA MULAKAN
DENGAN MENEBAS RUMPUT

SOSOK BEBAL
 HIDUP UNTUK MAKAN
SOSOK  CERAH
 MAKAN UNTUK HIDUP

AWASI
 KEKOSONGAN HIDUP
 YANG PENUH
KESIBUKAN

BELAJAR DENGAN TEKUN
TERUS BERTANYA
ANALISA DENGAN RAPI
KEMUDIAN BARULAH
LAKUKAN DENGAN
BIJAKSANA

APA SAJA
JANGAN TANGGUH
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan: