KHALWAT 167
HARI SENIN 31/8/2020
KITA BERKHALWAT MASUK
KE HARI 167
PAGI INI HOKKIEN BASAH
PETANG KELMARIN HUJAN
TAK LAMA TAK LEBAT
TAPI CUKUP
UNTUK MENIMBULKAN
PECAHAN KACA TERSADAI
DIATAS RUMPUT
BERKELIPAN SAPERTI INTAN
ATAU
INI EMBUN PAGI
MATAHARI DAH KELUAR
KUALA LUMPUR KELAM
PAGI SENIN RAMAI MENDENGKOR
KERANA CUTI
HOKKIEN KURANG MUSIK
SIMPONI CENGKERIK
DISAMBUT OLEH
SAEKOR JANTAN
BERKOKOK MENDAYU DAYU
SAYANG
TAK ADA SAPA BALAS
SEDIH JUGA BUNYINYA
TAPI SEDIH LAGI
GAAAAAK GAAAAK GAAAAAK
TANGISAN SAYU
SAEKOR GAGAK
DITINGGAL KAWAN KAWAN
LANGIT TERANG
LE CHATEU KELIHATAN INDAH
DI LANGIT AWAN PUTEH
DULU WILAYAH HUTAN
KINI SEMAKIN BANYAK
BANGUNAN TINGGI
MEMAGARI KAMI
KETIKA NEGARA KITA
TAK STABIL
KETIKA KITA DALAM GELAP
INILAH MASA PALING TEPAT
UNTUK MENUMPU FIKRAH
MENCARI CAHAYA
PENCERAHAN
KAKI KITA BOLEH DIIKAT
YAKINLAH
TAK ADA KUASA
DALAM ALAM INI
YANG DAPAT MENAFIKAN
HAK KITA UNTUK MEMILIH
KITA TAK ADA PILIHAN
JIKA KITA DISERANG
TAPI
KITA ADA PILIHAN
BAGAIMANA
NAK MELAWAN BALIK
KALAU SUSAH
KALAU PAYAH
JANGAN JADI MAT SOGEL
HENTIKAN
MEMBEBEL
JANGAN KOMPLAIN
HA HA
ENJOY DE MENJOY
SEKARANG INI
KALAU NAK FIKIR
MASA DEPAN
BAWA RESAH GELISAH
JUSTERU
KITA TERSEKSA
OLEH IMIGINASI
BUKAN OLEH REALITI
JUSTERU
SELALU TANYA DIRI
BETUL KE INI
BETUL KE PAKARA INI
IYA ATAU TAK
BOLEH DIKAWAL ATAU TAK ?
BAYANGKAN
MUKA KENA TAMPAR
JAWAPAN KITA IALAH TERSENYUM
LAKUKAN INI SEPANJANG MASA
BACA BUKU SEJARAH
LIHAT EMPIRE BANGUN
EMPIRE RUNTUH
KERAJAAN BANGUN
KERAJAAN RUNTUH
DITAKTOR BANGUN
DITAKTOR JATUH
GEROMBOLAN BANGUN
GEROMBOLAN JATUH
JALUR BANGUN
JALUR TEMBERANG
NAGARA KU BANGUN
NEGARA KU CIPLAK
YAKINLAH
MASA DEPAN
KITA CERAH
AMIN
SELAMAT BERKHALWAT
CUTIREBUT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan