SEMUA LARI
TINGGALKAN
BERSATU
UNTUK
DILIHAT COOL
Bersatu Shah Alam pula ditinggalkan
Sebahagian pemimpin Bersatu bahagian Shah Alam bersama akar umbi mereka mengumumkan pelepasan jawatan masing-masing dan keahlian parti.
Keputusan itu diumumkan Timbalan Ketua Bahagian Shah Alam, Md Azlan Shah Md Arhad dalam sidang media hari ini, dengan pengumuman keluar parti oleh sembilan lagi ahli bahagian.
Ekoran itu, beberapa cawangan Bersatu bahagian juga akan dibubarkan.
Azlan berkata, peletakan jawatan ahli pimpinan adalah mengikut perlembagaan selepas mendapati parti sudah tidak berpaksi kepada perjuangan dan matlamat asal penubuhannya iaitu memerangi rasuah, salah guna kuasa dan menolak kleptokrasi.
“Surat peletakan jawatan kami akan dihantar secara rasmi kepada Setiausaha Agung pada hari ini.
“Kami di Shah Alam dalam kapasiti masing-masing akan meneruskan wadah perjuangan Dr Mahathir Mohamad, serta terus berkhidmat untuk rakyat bersama-sama ahli- ahli akar umbi yang memilih untuk turut sama keluar.
“Kami juga memilih untuk tidak memutuskan sebarang ukhwah atau silaturrahim sesama sahabat kami dan berdoa serta berharap agar pejuangan asal dikembalikan,” katanya.
Antara 10 pimpinan bahagian Shah Alam yang mengumumkan keluar parti termasuklah ahli yang memegang jawatan sebagai Pengerusi Tetap Bahagian; Timbalan Ketua Bahagian; dan Ahli Jawatankuasa Bahagian.
Selain itu, turut melibatkan pimpinan Cawangan Shah Alam antaranya, Ketua Cawangan Shah Alam, ahli Jawatankuasa; Ketua Armada; Ahli Jawatankuasa Armada; Ketua Srikandi; Ahli Jawatankuasa Srikandi; dan ahli akar Umbi Shah Alam.
BERSATU MAKIN
TERBARAI
AMIN
SEMUA
NAK JADI
COOL DUDE
TAK NAK
JADI POYO
AMIN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan