SEMAKIN JELAS
SEMAKIN TERANG
SATU GABUNGAN
POLITIK BARU
AKAN MUNCUL
AMIN
APA JADI DENGAN
ANWAR IBRAHIM?
AMIN
Pejuang sokong Shafie calon PM, kata timbalan presiden penaja
PARTI Pejuang Tanah Air (Pejuang) mendukung presiden Parti Warisan Sabah Mohd Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri dalam pilihan raya akan datang, kata timbalan presiden jawatankuasa penajanya Marzuki Yahya.
Parti baharu yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir Mohamad itu bagaimanapun belum membincangkan cadangan tersebut dengan lebih lanjut, selain setakat ini jelas bahawa calon perdana menteri adalah Shafie.
Pendirian Pejuang ini membayangkan sehingga ini masih belum ada kata sepakat dalam kalangan parti pembangkang mengenai calon perdana menteri, ketika PKR bertegas tetap mengemukakan presidennya Anwar Ibrahim.
“Kami masih dengan Shafie Apdal. Kita belum membincangkannya dengan serius. Malah DAP dan Lim Guan Eng juga berjanji untuk Shafie jadi perdana menteri.
“Kami masih berpegang pada pendirian itu tetapi pada masa ini belum ada perbincangan,” kata Marzuki dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insight.
Sabah akan mengadakan pilihan raya negeri bulan depan selepas Shafie menggagalkan cubaan merampas kuasa oleh bekas ketua menteri Musa Aman yang membuat percaturan politik.
Shafie mendapatkan perkenan Yang diPertua Negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri selepas Musa mendakwa mempunyai sokongan yang cukup untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.
Pejuang tidak akan bertanding dalam pilihan raya negeri tetapi akan berkempen untuk Warisan.
“Kami bebas tetapi bersama Warisan. Kami akan berkempen dan menyokong calon Warisan di Sabah,” tambah Marzuki.
Pejuang adalah parti baharu yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir selepas tersingkir dari Bersatu bersama beberapa ahli Parlimen dan pemimpin yang menentang kerajaan Muhyiddin.
Mereka sebelum itu bertelagah dalam parti untuk menentukan kepimpinan dan hala tuju Bersatu selepas Muhyiddin menarik keluar parti itu dari Pakatan Harapan pada hujung Februari lalu.
Muhyiddin membentuk gabungan baharu bersama PAS dan Umno, yang disokong oleh komponen Barisan Nasional dan parti dari Sabah dan Sarawak.
Pejuang kini sedang diproses pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan.
“Kami akan kekal bebas. Kami akan sokong PH dan juga sokong Perikatan Nasional sekiranya perlu dan atas perkara yang ada manfaat,” kata Marzuki. – 28 Ogos, 2020.
JANGAN RISAU
JANGAN GUNDAH
JANGAN TAKUT
ANWAR IBRAHIM
AKAN TERUS
MENJADI
CALON TETAP PM
KAH KAH KAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan