YA AMPOON
YA MAULANA
SEMUA KUASA
AGONG
AMIN
Agong berhak temui sesiapa pun
SEMALAM negara dikejutkan apabila Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa beliau mempunyai mempunyai cukup sokongan bagi membentuk kerajaan baharu.
Pengumuman itu sebetulnya menimbulkan banyak persoalan, apakah beliau benar-benar mempunyai jumlah sokongan yang mencukupi bagi menumbangkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai oleh Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin pula dalam kenyataan lain menegaskan bahawa beliau masih perdana menteri selagi mana Anwar tidak membuktikan majoriti.
Sebilangan orang mungkin memandang remeh apa yang dinyatakan oleh Ketua Pembangkang tersebut.
Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa jika perdana menteri tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan Rakyat, maka perdana menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri, melainkan jika atas permintaannya Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen.
Perkara 43(2)(a) pula menyebut, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik perdana menteri daripada kalangan ahli Dewan Rakyat, yang pada hemat baginda akan mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan itu.
Perlu diingat bahawa dalam konteks demokrasi berparlimen ala Westminster yang diamalkan di negara kita, kerajaan yang memerintah ‘hayat’nya tamat apabila - (i) selesai tempoh 5 tahun; atau, (ii) kerajaan yang memerintah itu kalah usul undi tidak percaya dalam sidang Dewan Rakyat.
Anwar menjelaskan bahawa beliau akan mempersembahkan nama-nama ahli Parlimen yang menyokong beliau apabila mengadap Yang di-Pertuan Agong.
Yang di-Pertuan Agong berhak untuk menemui sesiapa pun. Hal ini perlu bagi membolehkan baginda menjalankan tugas sebagai seorang raja berperlembagaan.
Justeru, baginda berhak untuk memperoleh maklumat dari pelbagai sumber, yang tidak semestinya terhad kepada ahli Jemaah Menteri semata-mata.
2 ulasan:
habis lah hang shamudim .. cpt cpt laa beli tiket pi england ... bole lepak dgn raja petra ...
http://emantapbro.blogspot.com
cemas & panic
Catat Ulasan