Jumaat, 25 September 2020

PASAI APA TAKUT ?


KENAPA PEMIMPIN 

LUAR NEGARA TAKUT?

KAH KAH KAH

APAKAH MEREKA 

JAMBU KIUT 

KAH KAH KAH





Pemimpin luar bimbang 

dengan Malaysia

selepas pengumuman 

Anwar, kata menteri

Menteri Luar Hishammuddin Hussein mendedahkan ramai pemimpin luar negara menzahirkan kebimbangan terhadap situasi politik di negara ini terutama dalam konteks mengawal penularan Covid-19.

Beliau berkata kemelut politik di Malaysia ketika ini tidak membantu mencerminkan imej sebenar negara di mata dunia apatah lagi di saat kerajaan sedang berusaha menjalinkan pelbagai bentuk kerjasama terutama demi memerangi Covid-19 dan memulihkan ekonomi tempatan dengan negara-negara sahabat.

Ahli Parlimen Sembrong itu juga berkata rakyat negara ini sudah cukup terbeban dengan isu ekonomi dan wabak berkenaan sehingga ada yang dibuang kerja serta kehilangan ahli keluarga.

“Jangan kita tambah lagi beban mereka dengan isu-isu politik. Kita juga perlu ingat, sekiranya situasi politik negara berterusan tidak stabil, usaha yang dilaksanakan kerajaan demi rakyat selama beberapa bulan ini akan menjadi sia-sia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mendapat sokongan ‘kukuh dan meyakinkan’ daripada ahli Parlimen untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Hishammuddin turut meminta kesemua anggota jemaah menteri dan ahli-ahli Parlimen kerajaan memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Jangan kita menjadi anggota penting kerajaan, menikmati kelebihan yang diperolehi tetapi pada masa yang sama tidak menyokong kepimpinan. Ini mesti menjadi peringatan oleh semua menteri, timbalan menteri dan ketua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dilantik,” katanya.

Katanya, jika ada anggota kerajaan yang bertekad tidak mahu menyokong kepimpinan sedia ada, mereka perlu berundur daripada kerajaan supaya usaha membina semula negara dapat diteruskan.

Dalam pada itu, Hishammuddin mendakwa pengumuman Anwar semalam, sebagai usaha mengelirukan dan menanam rasa bimbang rakyat terhadap kestabilan kerajaan persekutuan menjelang hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Sabtu ini.

“Apa jua yang diumumkan oleh Anwar Ibrahim semalam, perkara paling penting untuk parti ialah fokus kepada usaha memenangi PRN Sabah. Jentera Umno dan Barisan Nasional (BN) berpenat-lelah dan berjuang selama berminggu berkempen demi memenangkan calon-calon kita.

“Jangan rencatkan usaha, mengganggu fokus dan mematahkan semangat mereka dengan kenyataan yang boleh menimbulkan tanda tanya dalam kalangan ahli Umno dan jentera BN,” katanya.


BETUL JUGA

ABAM INI

TASTE DIA DBKL 

SEMUA DIA ANGKUT

KAH KAH KAH






Tiada ulasan: