Selasa, 22 September 2020

BERKHALWAT HARI KE 190

 


KHALWAT 190

RABU 23/9/2020 

KITA MASUK KE HARI 190
BERKHALWAT
PKPP SEDANG BERJALAN

BEBERAPA WILAYAH 
MASIH TEROK
DISERANG KOBID
DI SABAH MAKIN GELABAH
KEMPEN DAN KOBID

AMERIKA SAREKAT
INDIA BRAZIL AFRIKA SELATAN
TENAT DISERANG KOBID
DI UK DILAPORKAN
YANG MISKIN JADI SASARAN
LUBUK WILAYAH MISKIN
DALAM KOTA BESAR
MENJADI SARANG KOBID

KITA TELAH ALAMI
PEKARA SAMA
DI SELANGOR MANSION
DI SELAYANG
DI PUDU
PEDATANG DAN WARGA MISKIN
MENJADI SASARAN

PAGI INI  HOKKIEN BASAH 
UDARA LEMBAB
KUALA LUMPUR KELAM
MATAHARI DAH KELUAR
TAPI DI GANGGU AWAN TEBAL
MUNGKIN HUJAN LAGI PETANG INI

HA HA HA
CENGEKRIK GUMBIRA
BERLAGU DAN BERLAGU
YANG LAIN TAK KELIHATAN

PAGI INI GUA NASB BAIK
NAMPAK HELANG MELINTAS
TERBANG RENDAH DEPAN MATA
GUA TAK TAHU JENIS APA
TAPI GUA TAHU
DI HOKKIEN ADA 
KELUARGA HELANG

JANGAN RISAU
BUKAN APA YANG KITA PAKAI
TAPI BAGAIMANA KITA MEMAKAI
INI LEBIH PENTING

KITA AKAN SEDAR
BILA BARANG ITU TAK ADA
BETAPA BANYAK BARANG
YANG TERKUMPUL
BUKAN KERANA KEPERLUAN
UNTUK DIGUNAKAN
TAPI
KERANA DAH DIKUMPUL

BIJAKSANA 
IALAH TERSENYUM MENERIMA 
APA SAJA
YANG DICAMPAKKAN
PADA KITA OLEH KEHIDUPAN

KITA BERUNDUR
MENCARI KETENTERAMAN
DI HUTAN DI TEPI LAUT
DI ATAS GUNUNG
TEMPAT TERBAIK
MENEMUI TENTERAM
IALAH DALAM JIWA KITA

BEFIKIR CARA PENDEK 
MENJADIKAN KITA KACAU
TERDESAK  RESAH
BERFIKIR CARA PANJANG
MEMBAWA TENTERAM
TERKAWAL

SEDARLAH
SEMAKIN KITA HARGAI
 BANYAK PEKARA 
YANG DI LUAR KAWALAN
MAKA
SEMAKIN TAK TERKAWAL
HIDUP KITA

SEGALA HALANGAN 
PADA TINDAKAN KITA
AKAN MEMAJUKAN TINDAKAN KITA
 JALAN YANG MENGHALANG KITA
ADALAH JALAN KEJAYAAN  KITA 

JANGAN MIMPI NAK BENDA
YANG KITA TAK ADA
SYUKUR APA YANG ADA
DAN BAYANGKAN
BETAPA BERAHINYA
KITA PADA BENDA ITU
KALAU BENDA INI
BUKAN MILIK KITA

HARI INI
SAAT INI
IALAH MASANYA UNTUK
ENJOY DE MENJOY
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan: