KHALWAT 195
SENIN 28/9/2020
KITA MASUK KE HARI 195
BERKHALWAT
BERKHALWAT
LAPORAN SAHEH
BEBERPA KLUSTER BARU
MUNCUL
SELAIN DARI KES PENJARA
DI SABAH
ABANG KAKAK ADIK
YANG PULANG DARI SABAH
BERKEMPEN
WAJIB DIKURANTIN
GUA DAPAT TAHU
MEREKA SEDANG BERATUR PANJANG
AMBIL AIR LIUR
DI LAPANGAN TERBANG
NAK PULANG KE SEMENANJUNG
GUA HARAP MEREKA
AKAN DI JEMPUT OLEH KELUARGA
DAN
JANGAN
NAIK BAS ATAU KERETAPI
BAWA BAHAYA PADA
LEBIH RAMAI WARGA
PAGI INI HOKKIEN
AGAK SUNYI
MACAM MULA MULA PKP DULU
KUALA LUMPUR DARI JAUH
GUA NAMPAK
BERJEREBU
UDARA KOTOR DI ATAP KOTA
SIMPONI CENGEKRIK
TAK KUAT MUNGKIN KERANA
KELMARIN TAK HUJAN
UNGGAS YANG BERLAGU
HANYA TERKUKUR
DARI JAUH GUA DENGAR
KENG KENG KENG
CHIP CHIP CHIP
RAJA UDANG SUKA
MATAHARI DAN CERAH
APA YANG HENDAK TERJADI
KEPADA KITA AKAN TERJADI
IANYA TELAH LAMA MENUNGGU
DARI PERMULAAN MASA
APA SAJA DALAM HIDUP INI
DATANG DAN PERGI
GUMBIRA SEDIH
DATANG SEMENTARA DARI
PERSEPSI PENGALAMAN
SEJUK PANAS
SAKIT NIKMAT
DATANG DAN PERGI
TAKADA APA YANG KEKAL
JADI JANGAN TERIKAT
DENGAN SEMUA INI
KERANA
SEMUAA INI DI LUAR KAWALAN KITA
APABILA KITA
TELAH MENETAPKAN GARIS HIDUP
JANGAN BENARKAN SESIAPA PUN
MENGHULU ARAH KITA
DUA PERSOALAN HAKIKI
WAJIB TANYA SELALU
APAKAH YANG KITA LAKUKAN
PADA KETIKA INI
TEPAT DAN BETUL
APAKAH KITA BERSEDIA
MENERIMA HASILNYA
MANUSIA INI MAHU
MENGAWAL DENGAN KEPASTIAN
MENERIMA NASIB
DILIHAT GANJIL
TERIMALAH APABILA
NASIB MEMBAWA
KITA BERTEMU DENGAN SESEORANG
KASEHI SOSOK YANG
DATANG KEPADA KITA
DIBAWA NASIB
TERIMALAH DENGAN
HATI TERBUKA
INGATI SATU PEKARA INI
KALAU SATU KETIKA NANTI
KECILAKAAN SAMPAI
JANGAN INGAT INI MUSIBAH
LALUI LINTASI MUSIBAH INI
ANGGAP
IANYA MEMBAWA UNTUNG
NIAT DAN CITA CITA
HIDUP KITA INI
BUKAN MELAWAN ALAM
TETAPI BERSAMA ALAM
MENGHARAP
IALAH BENIH KEKECEWAAN
MASA NYA
IALAH HARI INI
UNTUK
ENJOY DE MENJOY
SELAMAT BERKHALWAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan