Isnin, 21 September 2020

BERKHALWAT KE 188

 




KHALWAT 188

SENIN 21/9/2020

KITA MASUK KE HARI 188

BERKHALWAT

PKPP MASIH BERJALAN
KUALA  LUMPUR REDA
TAPI SABAH
MAKIN KUAT WARISAN BERKEMPEN
MAKIN GALAK KOBID MENYERANG
KOBID INI MACAM
IKUT ARAHAN SAJE
GANGGU SHAFIE

PETANG DAN MALAM
 KELMARIN HUJAN
PAGI INI HOKKIEN CERAH SEGAR
TAPI SEJUK
KUALA LUMPUR CERAH
TANPA JEREBU MONOKSIDA

SIMPONI CENGERIK
CUKUP HEBAT
MERATA WILAYAH
SEMUA BERSUARA
KERANA MERAYAKAN BUMI BASAH

TETIBA MUNCUL KEMBALI
SUARA TOK HENG
KALI INI RAMAI
KUAK KUAK KUAK
MEREKA BERKAMPONG
DALAM LOPAK AIR
ATAS TAKONGAN MAKAM
KUAK KUAK KUAK
BILA DIHAMPIRI
TOK HENG SENYAP

BRO MENJALANI HIDUP INI
WAJIB BERANI MENERIMA
 MENERIMA KARMA
MENERIMA APA DALAM MINDA
MENERIMA EMOSI
DAN 
APA SAJA YANG DATANG

JIKA PERUBAHAN DIPAKSAKAN
MAKA KITA TAK PERLU
CUBA BERTINDAK BERLEBIHAN
ATAU RASA SEDIH HATI

KETIDAK TENTUAN
MEMANG MENYUSAHKAN
KETENTUAN JUGA
AGAK GANJIL

KITA  AKAN JADI LEBIH KECIL
JIKA  PEKARA KECIL
 BOLEH 
MEMPROBOKASI KITA

JANGAN ANGGAP
IANYA MUSTAHIL KERANA
SUSAH UNTUK DILAKUKAN
TAPI KITA MANUSIA
YANG BOLEH MELAKUKANNYA

SOSOK YANG BIJAK
TAK PERLU APA APA
TAPI DIA BOLEH 
MENGGUNAKAN APA SAJE
SOSOK YANG BEBAL
MAHU BANYAK BARANG
TAPI TAK BIJAK MENGGUNAKAN
BARANG YANG BANYAK 

SATU KATA
YANG WAJIB ADA
DALAM KEPALA KITA IALAH
TERIMA

AMAN SENTOSA
BUKAN BERMAKNA
DI WILAYAH SUNYI
TANPA KACAU
TANPA KERJA
AMAN BERERTI
KITA DALAM SEMUA ITU
TAPI
AMAN DALAM HATI

SOSOK YANG BIJAK
MEMBACA INI UNTUK
MENDAPAT MAKNA
MAT BEBAL
HANYA MEMANDANG
HURUF HURUF
AMIN

SELAMAT BERKHAWAT

Tiada ulasan: