BILA RETARD
KLIM
QURAN INI
SEMUA ADA
RAMAI TAK CAYA
KAH KAH KAH
SEKARANG
TERBUKTI
ADA AYAT
KHUSUS
BOLEH
LANGGAR PKP
KAH KAH KAH
APA NAK PELIK
SEKAWAH GULAI
LEMBU BOLEH
JADI GULAI BABI
KAH KAH KAH
Khairuddin macam burung dalam surah al-Quran, kata ulama PAS
MOHD Khairuddin Aman Razali umpama seekor burung dalam kisah Nabi Sulaiman yang membawa keuntungan besar melalui kesalahannya melanggar undang-undang, kata ketua ulama PAS.
Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata demikian ketika mempertahankan menteri tersebut yang kini disiasat polis kerana melanggar perintah kuarantin wajib selepas pulang dari luar negara.
Dalam ucapannya di Muktamar Dewan Ulama PAS Perak itu, Hashim berkata tindakan Khairuddin itu seperti burung hud-hud yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Nabi Sulaiman.
Hashim yang memetik kisah dalam Surah An-Naml itu berkata tindakan burung hud-hud itu bagaimanapun menyebabkan seorang raja, Ratu Balkis dan rakyatnya memeluk Islam.
“Kita balik kepada hud hud tadi, yang melanggar kawalan pergerakan, dan SOP yang dikenakan ketika itu oleh Nabi Sulaiman.
“Natijah akhirnya, seorang raja dan rakyatnya peluk agama islam. Apakah Nabi Allah Sulaiman melaksanakan SOP ke atas burung belatuk?” soalnya dalam ucapan yang disiarkan di Facebook.
Tindakan burung itu menyebabkan keuntungan kepada agama Islam seperti tindakan Khairuddin yang juga anggota Dewan Ulama dan anggota jawatankuasa eksekutif PAS, katanya.
Hashim seterusnya berkata, Khairuddin pula tidak dikenakan kuarantin wajib dan menteri itu perlu menghadiri sidang Parlimen untuk pengundian.
“Menteri kita ini, dia pergi ke (Turki), semua proses yang patut dengan kementerian dia buat. Balik sini, sepatutnya bubuh lah gelang merah (tanda kuarantin) pada dia. Tidak, tak payah. Gelang merah tak payah.”
Khairuddin terpaksa hadir sidang Dewan Rakyat melibatkan undian belah bahagi yang genting kerana ahli Parlimen kerajaan termasuk PAS hanya berjumlah 111 orang, katanya.
“Lepas itu nak mesyuarat Parlimen pula, undi tak percaya. Waktu itu 111 dengan 109, bukan jauh. Pergi lah, dia tidak ada apa-apa sekatan, bukan salah dia,” kata Hashim.
Tambahnya, kunjungan menteri perladangan dan komoditi itu ke Turki itu meningkatkan eksport minyak sawit Malaysia.
“Sebelum ini minyak kelapa sawit kita dihantar ke Turki dan melalui Turki sebanyak 700,000 tan setahun.
“Dr Khairuddin dia pergi sana empat hari berunding, dapat mengadakan perjanjian MOU, tambah lagi 300,000 tan setahun, menjadikan 1 juta tan setahun,” kata Hashim.
Oleh itu, Khairuddin tidak patut digesa meletak jawatan atas kesalahan tersebut, kata Hashim dan menggesa orang PAS untuk mempertahankan menteri berkenaan.
“Orang yang berjasa, hud hud ni, Dr Khairuddin tu, belatuk kepada rakyat Malaysia. Kelapa sawit naik harga bukan untuk orang Melayu sahaja. Untuk semua rakyat, untuk ekonomi negara.
“Diusahakan walaupun bercanggah, sikit… tapi bukan salah dia….,” katanya.
Beliau seterusnya menyalahkan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Luar yang menurutnya “lalai” sehingga menyebabkan Khairuddin diserang.
“Kementerian Kesihatan ada kelalailan lah, bukan ada apa, kelalaian, begitu jugak Kementerian Luar, menyebabkan dia diserang. Lepas itu (pembangkang) pakat beramai-ramai minta dia letak jawatan.
“Maka takkanlah orang PAS duduk senyap. Hero rakyat yang menyelamatkan Malaysia ini, dianiaya. Takkan orang PAS pakat senyap saja. Biar dia seorang diri bela diri. Tak patut.
“Kita sepatutnya suarakan, beri sokongan, beri sokongan berdiri teguh di belakan YB Menteri Perusahan. Itu sepatutnya, biar dia terasa ada sokongan,” kata Hashim lagi.
Tindakan Khairuddin tidak menjalani perintah kuarantin wajib itu juga dipertahan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkata ia tidak menyebabkan kluster jangkitan baharu.
Khairuddin pada Jumaat lalu hadir memberi keterangan bersama beberapa orang saksi di Bukit Aman bagi kesalahan tersebut.
Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan mengumumkan Khairuddin sudahpun dikenakan kompaun RM1,000 atas kesalahan tersebut pada 7 Ogos.
Khairuddin pulang ke Malaysia pada 7 Julai.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin minggu lalu menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan ke atas menteri tersebut.
Tindakan Khairuddin melanggar perintah kuarantin itu mencetus cemuhan dan kritikan orang ramai yang membandingkannya dengan tindakan keras dikenakan ke atas individu lain bagi kesalahan sama. – 31 Ogos, 2020
LU TAK CAYA
KAH KAH KAK
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
TERGOLEK DOG
2 ulasan:
Kes Alfadil Khairudin ni sama mcm ngentot tak ikut SOP ..nikah 6-7 bulan dah dapat anak. Kalau Sang Pengentot tu drp KASTA Burong Balam dah tentu Muftee akan hambat dia hingga ke lobang cacing ..kalau pengentot tu dari kasta HUD-HUD Muftee ontok je.
Bukan burung hud-hud tapi burung hadi-hadi
Catat Ulasan