PELANGGAN
TAKUT TAK
SELAMAT
AMIN
Lepas 3 bulan PKPP, kedai makan masih sukar pulih
PENGUSAHA restoran dan warung makan masih sukar memulihkan perniagaan mereka walaupun sudah tiga bulan Perintah Kawalan Pergerakan pemulihan (PKPP) berkuatkuasa.
Peniaga ini memberitahu The Malaysian Insight, mereka sukar bertahan kerana prosedur operasi standard (SOP) mengehadkan kedatangan pelanggan dan moratorium bayaran balik pinjaman tidak dilanjutkan.
Pengusaha kafe makanan Abdul Aziz Shaik Ahmad berkata, ketika perniagaan dibenar beroperasi semula pada Jun, beliau melihat keadaan sedikit pulih dan keuntungan meningkat 70%.
“Tapi pada Ogos, keuntungan kita turun semula 50% disebabkan ada kes positif Covid-19 baharu di Kedah dan Pulau Pinang.
“Walaupun di Pulau Pinang tak teruk, tapi hasil perniagaan kita menurun juga,” kata beliau merujuk kepada beberapa kluster baharu yang muncul di Kedah.
Tambahnya, penangguhan bayaran balik pinjaman yang berakhir September ini akan membimbangkan para peniaga.
“Saya rasa pengusaha restoran hanya boleh bertahan sahaja. Ketika peringkat awal PKP, walaupun rugi tapi kita ada moratorium.
ADA RESTORAN
TUKANG MASAK
SANGKUT DI GOLOK
AMIN
ADA RESTORAN
TAKDA PEKERJA
AMIN
NASI LEMAK
JALAN KEMUJA
BANGSAR
TUKANG MASAK
SANGKUT DI YALA
KAH KAH KAH
BIKIN SUSAH AJE
KAH KAH KAH
SAMA SAMA
SUSAH
AMIN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan