Jumaat, 18 September 2020

PEMBELOT YANG BIJAK

 



PEMBELOT BIJAK


BIJAK ROSMAH


AMBIL SEBAGAI


TUKANG BAWA


DUIT


AMIN




Saksi turunkan pengawal polis di PMO untuk 'lindungi' Rosmah

RIZAL Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau melindungi Rosmah Mansor apabila menurunkan pengawal polis di Pejabat Perdana Menteri (PMO) sebelum menyerahkan wang tunai RM5 juta di kediamannya.

Beliau berkata tindakan itu dibuat kerana tidak mahu pengawal itu mengetahui penerima wang tunai berkenaan.

Rizal, saksi utama dalam perbicaraan rasuah Rosmah berkata dua beg mengandungi duit dihantar kepada Rosmah di kediamannya di Seri Perdana, Putrajaya.

“Saya melindungi bos saya (Rosmah).

“Saya tidak mahu dia (pengawal polis) tahu kepada siapa saya hantar wang tunai,” kata Rizal ketika disoal balas oleh peguam Rosmah, Akberdin Abdul Kader.

Rizal, saksi pendakwaan ke-21 perbicaraan berkata rakannya, Ahmed Farriq Zainul Abidin, seorang peniaga, yang turut berada dalam kereta, menasihatinya agar menurunkan pegawai polis, yang dikenali sebagai “Evo”, sebelum mereka tiba di kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya.

Beliau mendakwa Farriq, saksi pendakwaan kesembilan perbicaraan, berbisik kepadanya ketika perjalanan ke Putrajaya, “bahaya” jika ada anggota polis di dalam kereta kerana mereka ingin menyerahkan dua beg berisi wang tunai itu kepada isteri bekas perdana menteri.

“Semasa dalam perjalanan ke Seri Perdana, di Lebuhraya MEX, Farriq berbisik, memberitahu saya ‘bahaya ada polis’.

“Justeru, kami menurunkan Evo di PMO, yang berjarak lima minit dari Seri Perdana,” kata bekas pembantu Rosmah.

Pada ketika ini, Akberdin berkata Rizal sengaja menurunkan anggota polis di PMO kerana mahu mengambil wang itu untuk kepentingannya sendiri.

Bagaimanapun, Rizal menafikan tuduhan itu.

Beliau juga berkata mengatur seorang anggota polis menemani Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin selepas beliau meminta bagi mengeluarkan RM5 juta daripada Maybank, Medan Tuanku dan menyerahkannya kepada seorang perunding, Lawrence Tee di Pavilion.

Wang itu sepatutnya diserahkan kepada Rosmah.

Saidi mahukan pengiring kerana bimbang membawa sejumlah besar wang tunai, kata Rizal kepada mahkamah.

Beliau sendiri pergi ke Pavilion bersama seorang rakan untuk memantau keadaan.

Beliau juga berkata melihat Saidi tiba dan membawa dua beg besar ke Menara Pavilion dengan bantuan pemandu dan pengiring yang diperkenalkannya.

Rizal berkata menerima panggilan daripada Saidi memaklumkan Tee enggan menerima wang itu, dan tidak selesa dengan jumlah yang begitu besar.

Beliau kemudian menelefon Rosmah untuk menjelaskan apa yang terjadi dan mendakwa Rosmah  mengarahkannya menghantar wang itu ke Seri Perdana.

Beliau mengikut arahan Rosmah, memasukkan beg ke dalam kereta dan menuju ke Seri Perdana, bersama pemandunya, Farriq dan Evo.

Rizal berkata ketika 40 minit perjalanan dari Pavilion ke Putrajaya, Farriq mencadangkan agar Evo diturunkan sebelum mereka pergi ke Seri Perdana.

Saksi itu berkata selepas menurunkan Evo di PMO, beliau meminta pengawal polis untuk mengiringi keretanya ke Seri Perdana. – 17 September, 2020.


SEKARANG

MAT BIJAK

DAH JADI SAKSI

PENDAKWA

AMIN

KALAU TAK

MAMAT BIJAK

INI AKAN 

DI HANTAR KE

SUNGAI LONG

OPPS... SILAP

SUNGAI BULUH

KAH KAH KAH


Tiada ulasan: