CANTIK LAGI INDAH
TUAN TUAN HAJI
TERUS
BERGELAWAK
TERUS TIKAM
MENIKAM
KAH KAH KAH
BAIK UNTUK NEGARA
BAIK UNTUK RAKYAT
AMIN
Khairy nafi sokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri
KUALA LUMPUR: Menteri Sains dan Teknologi Tuan Haji Khairy Jamaluddin menafikan beliau salah seorang Ahli Parlimen yang menyokong Presiden PKR Tuan Haji Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Kenyataan tersebut dibuat ketika temu ramah dalam program Breakfast Grill di stesen radio Bfm.
Nama Khairy merupakan antara 19 Ahli Parlimen UMNO tersenarai dalam mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp.
Mesej berkenaan mendakwa kesemua mereka menyokong Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.
Mesej tersebut tular selepas Anwar mengadakan sidang media mendakwa ada cukup sokongan untuk menubuhkan kerajaan pada 23 September lepas.
Nama Khairy Jamaluddin disebut-sebut berdasarkan laporan media menyokong satu lagi kem UMNO yang terpecah dua iaitu gerakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
Tengku Razaleigh juga antara individu yang dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Isnin lepas sejurus Presiden PKR, Tuan Haji Anwar Ibrahim melakukan perkara yang sama.
Menurut sumber kepada Astro AWANI, parti Melayu terbesar itu kini berpecah dua dengan Tengku Razaleigh menjadi penentang kepada gerakan yang dipercayai digerakkan oleh Presiden UMNO, Tuan Haji Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Presiden UMNO, Najib.
Tambah sumber, gerakan diketuai Tengku Razaleigh yang dikenali sebagai Ku Li itu mendapat sokongan daripada beberapa pemimpin berpengaruh UMNO seperti Timbalan Presiden, Tuan Haji Mohamad Hassan; Ahli Parlimen Sembrong, Tuan Haji Hishammuddin Tuan Haji Hussein dan Ahli Parlimen Rembau, Tuan Haji Khairy Jamaluddin.
Setakat ini, Ketua-ketua parti termasuk Presiden UMNO, Tuan Haji Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah juga dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berakhir kelak.
Malah, sumber yang rapat dengan Tengku Razaleigh dan Dr Mahathir mengesahkan terdapat usaha dan perundingan untuk membentuk kerjasama di antara dua tokoh veteran politik tersebut.
3 ulasan:
KJ ? Papa ? Betul2 skt la TT. Takkan Nurul pun KJ sapu. Ni boleh mendatangkan marah
Jangan sampai negara nie dijajah oleh pihak luar nanti.Renung2kan
Macam tak betul berita ni
Catat Ulasan