Khamis, 22 Oktober 2020

BERKHALLWAT HARI KE 219

 


KHALWAT KE 219

KHAMIS 22/10/2020
KITA MASUK KE HARI 219
BERKHALWAT

GAWAT KOBID 
BERTERUSAN
MASIH BELUM DILIHAT 
PENGHUJUNG

GAWAT POLITIK
SEDANG MUNDAR MANDIR
PUSING BELAKANG
GOHED GUSTAN
NAMPAK MACAM
NAK REDA

RAJA DAN MUFTI
BERI PANDANGAN
RAKYAT MAKIN MENYAMPAH
MELIHAT POLITIKUS

PAGI INI GUA  MASUK HOKKIEN
GUA NAMPAK KUALA LUMPUR
 MENDUNG KELAM
TETIBA
TERASA RINTIK AIR
TAK SAMPAI 5 MINIT ANGIN SAMPAI
MEMBAWA HUJAN
GUA BERLARI PULANG

PUTAR ALAM 
ADA BANYAK CABANG
KEBENARAN HANYA SATU

KALAU KAMU
BERTENGKAR
DENGAN MAT BEBAL
MAT BEBAL PASTI MENANG

JANGAN   LIHAT
DIMANA TEMPAT JATUH
LIHAT  TEMPAT
TERKELICIK

SESAT IALAH
BELAJAR 
UNTUK MENCARI JALAN

ANAK MUDA BOLEH
PANTAS BERJALAN
TAPI YANG DEWASA
TAHU JALAN

HANYA MAT BEBAL
YANG AKAN MENDUGA
DALAMNYA AIR
DENGAN DUA KAKI

KALAU ESOK 
NAK RUNTUHKAN GUNUNG 
HARI  INI
KITA MULA  ANGKAT BATU

JIKA KITA INGAT
MENCARI PENCERAHAN
HARGANYA MAHAL
CUBA BANDINGAN
BERAPA MAHAL
BELANJA KERANA BEBAL

PENCURI TAK AKAN MENCURI
DITEMPAT DIA TAK BIASA

KITA TAK BOLEH
HIDUP CERAH
DENGAN MINDA GELAP

KITA TUMPU PADA ULAR
HINGGA KITA LUPA
PADA LIPAN

KERJA TIDAK MEMBUNUH
YANG MEMBUNUH
JIWA RISAU

PADA TAHAP INI
HARIMAU DAN BABI
BELUM PANDAI MENULIS
MAKA 
SETIAP KESAH  HUTAN
PEMBURU
 MENJADI WIRA

APA YANG KITA PELAJARI
ITULAH YANG AKAN
KITA BAWA MATI

TELINGA  YANG
TAK MAHU MENDENGAR NASEHAT
AKAN MENGIKUT KEPALA
YANG DIPANCUNG

ORANG BIJAK
TAK TAHU SEMUA
HANYA MAT BEBAL
YANG MENGETAHUI SEMUA

SOSOK YANG MEMBAWA
KEBENARAN
TIDAK ADA KAWAN

MASANYA IALAH HARI INI
KETIKA NYA SEKARANG
LAKUKAN
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT
























Tiada ulasan: