Sabtu, 3 Oktober 2020

BERKHALWAT KE 200

 



KHALWAT KE 200
SABTU 3/10/2020
KITA MASUK KE HARI 200
BERKHALWAT

GAWAT 
KLUSTER BARU
SANA SINI
BUKAN KITA SAHAJA
SELURUH DUNIA
SEDANG MENGALAMI
ADUH !

PIHAK BERWAJIB RISAU
JIKA MEREKA RISAU
KITA LAGI RISAU

SEKARANG HUJAN
GUA TAK PERGI HOKKIEN
HUJAN TAK LEBAT 
TAPI DARI BILIK
GUA DENGAR SUARA HUJAN
JATUH DI DAUN DAUN
KELILING RUMAH

JIKA  NAK BERJALAN CEPAT
BERJALAN SEORANG DIRI
JIKA NAK BERJALAN JAUH
JALAN BERKUMPULAN

KEGUMBIRAAN
YANG DI KONGSI
GUMBIRA JADI BERGANDA
KESEDIHAN
YANG DI KONGSI
MENGURANG SEDIH

KATA KATA 
WAJIB DITIMBANG
BUKAN DI KIRA

JIKA TAK DAPAT HIDUP LAMA
HIDUP BERISI

JIKA CINTA MENGGUNUNG
YANG MUSTAHIL
DAPAT DILAKUKAN

LEBIH BAIK BAKAR LILIN
DARI MENYUMPAH GELAP

SOSOK YANG GUNA KEKUATAN
TAKUT MENDENGAR HUJAH

SOSOK YANG TAK BERKELANA
TIDAK TAHU NILAI KEMANUSIAAN

UKUR BERIBU KALI
MEMOTONG HANYA SEKALI

BUAH YANG CANTIK MOLEK
MUNGKIN DALAMNYA ADA ULAT

SUDU ITU
TAK PERNAH TAHU NIKMAT SUP
SAMALAH MACAM
MAT BEBAL 
TAK TAHU NIKMAT PENCERAHAN

JIKA KAMU MEMBAWANG
HAL ORANG LAIN
ORANG LAIN JUGA
AKAN MEMBWANG HAL KAMU

TIDAK ADA APA
NAK DIMALUKAN
JIKA KITA TAK TAHU
MALU SEBENAR
JIKA TAK MAHU TAHU

APA YANG KITA LIHAT 
DALAM DIRI KITA
ITULAH YANG KITA 
LIHAT DALAM DUNIA

SESUDAH BERMAIN CATUR
RAJA DAN RAKYAT
MASUK KE DALAM KOTAK SAMA

DENAI INI
LAHIR DARI PEJALAN

JIKA TAK MAHU ORANG  TAHU
JANGAN LAKUKAN

JIKA KAMU SETIASA MEMBERI
KAMU AKAN SENTIASA MEMILIKI

HENDAK BERJAYA
SILA RUJUK DENGAN
TIGA ORANG TUA

BATU YANG 
TAK TERDAYA DIANGKAT
WAJIB DI CIUM

TULIS SEGALA
KEJAHATAN YANG BERLAKU 
PADA DIRI KAMU DI ATAS PASIR
PAHAT SEMUA KEBAIKKAN
YANG TELAH BERLAKU
KEPADA KAMU
DI ATAS BATU MAMAR

MASA YANG KITA
GUNAKAN UNTUK MARAH
MASA ITULAH HILANG 
UNTUK BERGUMBIRA

JANGAN SEPAK 
PERAHU YANG TELAH
MEMBAWA KAMU 
MENYEBERANG SUNGAI

BUAT KEBAIKKAN
KEMUDIAN CAMPAKKAN
KE DALAM LAUT

MASA  NYA
IALAH HARI INI
KETIKANYA
IALAH SEKARANG
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan: